BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 20, 2011

Story Aku & Lagu




Salam sejahtera! Dah tiba masanya untuk sertai aktiviti GENG fiQ'Ra yang kelima. Story Aku & Lagu. Sangat mendalam erti aktiviti kali ini. Tak sabar nak tahu lagu yang besar ertinya dalam kehidupan ahli GENG fiQ'Ra yang lain. Korang nak tahu JLo saya punya? #ada ke yang nak tahu? -_-'
Ahli geng yang nak join aktiviti kita ni, cepat-cepatlah join! Tekan banner di atas atas tu? Bagi yang nak jadi ahli geng ini, Jom Daftar GENG fiQ'Ra! :)


Ok, saya mulakan. Susah atau sulit manapun kehidupan kita ini, haruslah kita hadapi dan syukuri semua yang ada dengan sebaik-baiknya. 

 Lagu yang membawa erti yang AMAT BESAR dalam kehidupan saya adalah

JANGAN MENYERAH - D'Masiv



Perkara yang selalu membuat saya lemah semangat :

Ketiadaan seorang ibu untuk mendampingi saya ketika waktu susah


Tekanan semasa proses pembelajaran tidak kira di sekolah ataupun rumah


Terpaksa melihat semua ahli keluarga mengikut hala hidup sendiri. Hidup keseorangan dan dah tiada adik-beradik saya yang dapat mendengar suka dan duka kehidupan saya



Tapi semua perkara ini tidak akan membuat saya menyerah


Saya akan terus




bukannya


kerana saya tahu

kalau saya menyerah dan terus bersedih, kejayaan tidak akan dapat saya capai

MESTI BERUSAHA!




Kehidupan saya memang susah. Dah nak dekat 3 tahun ibu kandung saya meninggal.

gambar mendiang ibu. diedit oleh abang yang tersayang

Tetapi saya tetap tabahkan diri kerana saya tahu bahawa setiap manusia pasti akan meninggalkan dunia ini. Kita cuma tak tahu BILA. Oleh sebab itu, saya menerima ketentuan Tuhan dan meneruskan hidup. Memang tiada penafian bahawa saya AMATTTT merindukan pelukan seorang ibu, tetapi tiada gunanya untuk saya bersedih secara berterusan. I have to move on! Saya sememangnya bertuah pernah disayangi oleh seorang yang sangat tulus menyayangi saya. Mummy, I will never forget your good deeds :')



Mengapa lagu 'JANGAN MENYERAH' bermakna bagi saya?

Setiap rangkap liriknya memberi semangat 
dan membawa makna yang begitu besar

lirik : tak ada manusia yang terlahir sempurna
pengertian saya : manusia pasti ada kelebihan dan juga kelemahan. Cuba bayangkan kalau semua manusia di dunia ini sempurna. Tiada kekurangan. Tidakkah kehidupan menjadi bosan? Cuba fikirkan. Dan satu lagi. Tuhan menyayangi pengikutnya yang tidak sempurna. Jikalau ada sesiapa yang mengatakan bahawa dirinya sempurna dan Tuhan itu sayangkan kamu kerana kesempurnaannya, bangunlah dari mimpi. God loves his imperfect followers.

lirikjangan kau sesali segala yang telah terjadi
pengertian saya : Kita pasti ada masanya ketika kita tak berjaya mencapai sesuatu perkara. Janganlah kita terus lemah semangat ketika itu berlaku. Yang kita harus lakukan adalah terus mencuba sehingga kita berjaya. Sekali tidak berhasil bukan bererti gagal selamanya.

lirikkita pasti pernah dapatkan cobaan yang berat
pengertian saya : Ini memang dah lumrah hidup. Kehidupan memang susah. Ketika mendapat cubaan, kita jalanilah dengan ketabahan. Kita tak perlu merungut tentang kesusahan hidup kerana setiap manusia pasti akan menjalaninya jua.

lirikseakan hidup ini tak ada artinya lagi
pengertian saya : Mesti kadang-kadang semasa kita dah 'fed-up' dengan situasi yang dihadapi, kita mengatakan bahawa hidup ini susah, tak berguna. Tetapi, ingat! We were born to do something extraordinary. Teruskan hidup. Apabila kita menghargai hidup kita, Tuhan akan memberkati kita dengan pelbagai perkara yang kita tidak jangkakan. Percayalah!

lirik syukuri apa yang ada hidup adalah anugerah
pengertian saya : Sememangnya hidup adalah anugerah. Semasa kita dilahirkan, kita pun sudah sebuah impian yang nyata buat kedua-dua ibu bapa kita. Mereka bersyukur kerana kita dilahirkan. Oleh sebab itu, hargailah hidup ini.

lirik : tetap jalani hidup ini melakukan yang terbaik
pengertian saya : In everything you do, give it your best. Jikalau kita mencurahkan segala usaha dalam perkara yang kita lakukan, kejayaan pasti dapat dicapai. Dalam bahasa Inggeris : Live life to the fullest!

lirikTuhan pasti akan menunjukkan kebesaran dan kuasaNya
pengertian saya : Lirik ini sangat betul. Tuhan PASTI akan menunjukkan kebesaran dan kuasaNya. Berdoalah selalu dan jangan pernah berputus asa. Pasti impaknya positif. Tuhan itu adil. Tuhan itu penyayang. Tuhan itu segala-galanya.

lirik : bagi hambanya yang sabar dan tak kenal putus asa
pengertian saya : Lirik ini sambungan kepada lirik sebelum ini. Bersabarlah, berusahalah. Tuhan menyayangi pengikutNya yang sabar dan berusaha. Kejayaan pasti dapat dinikmati setelah kita lakukan itu! 

Pegangan hidup insan yang mentah bernama Joel Leslie Anyie :

'When there is a will, there is a way'

Saya amat percaya bahawa Tuhan selalu memberkati segala usaha yang telah saya curahkan dalam setiap perkara yang saya lakukan. Orang selalu kata 'Do your best and let God do the rest.' Tuhan memang adil dan penyayang. Hidup ini hanya sementara dan haruslah kita semua gunakan masa yang disediakan untuk melakukan yang terbaik. 

Sekian. Terima kasih! :)
Jangan lupa --> Jom Daftar GENG fiQ'Ra! :)

41 comments:

NiaLidia. said...

NL sukaaa jugak jangan menyerah. bg kita semangat. dan lirik dia best. yaa , kita xboleh putus ada dlm hidup. mesti terusss berusaha. good luck eh joel.

Kamil Kahar said...

gudluck bro...papepun ujian yg melanda...kita tempuh dgn penuh cabaran...kerana dipenghujung dugaan itu ada kebahagiaan...

Halimaton Saadiah Ngah Latip said...

teruskan kehidupan dengan penuh kegembiraan,nice entry.

En. Muncit said...

alhamdulillah kalau ade prinsip cm 2 dik JLo .
as org yg lgi tue . jgn risau.
abg2 n akak2 kat GF akan same2 mendengar ape masalah JLo.
kalau JLo ade ape2 mslh . leyh cntct je abg . abg pon tade adik brdik .
semoga JLo tabah k =)

zahidahwahid said...

setuju...jangan mudah menyerah kalah... berusaha selagi terdaya...

kisah aku dan lagu http://www.zahidahwahid.com/2011/12/4530/

fafthin said...

idea yg bernas JLo. hrp2 bleh jd pmnang. GL :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

mmg sgt mendalam..bgus2..

Miss Nadya said...

bagus lah...jgn terlalu menyerah sebab ia xkan dtg bergolek2 kat kita kan??

Original CikTeddy said...

wah..entri ni pon amat mndalam..

AiRul said...

wow~! terbaik lah JLo~!

aina mysarah said...

best lagu ni. btw, this hard effort really amaze me. don't give up!

Nida said...

Hanya manusia terpilih yang akan diberi ujian oleh Tuhan.. tanda Tuhan sayangkan kita.. teruskan melangkah.

♥ ieRa ♥ said...

terbaik entri dari Joel..
kecik2 lagi dah pndai mengarang mcm ni..
tahniah dik..

life must go on..
may success always be with u..
insyaallah..

shera said...

Jangan Menyerah . Senyum sentiasa . Hidup mesti maju ke hadapan . alamak , tersentuh lagi hati saya .hihi ^_^

Cheek Eyka said...

Wow!!! =))
never never give up !!!!

Zana said...

Feeling sambil baca entry nie :/ Tambah2 laguu nie . Jyehhh Jlo kena teruskan hidup walau pape pon dugaan yang mendatang , jangan sedih2 , smile always :))

y0e said...

wah..sgt mendalam mksudnya..siap boleh diungkai lagi mksudnya..

suka ntry JLo..good luck :)

Akihiro Aihara said...

Rasa macam baru first time jumpa lelaki setama Jlo . Pape pon memang mendalam maksod lagu tuu .

Jemput baca entry saya dalam aktiviti yang sama :)

qesahsaya.blogspot.com/2011/12/story-aku-lagu.html

Qaseh Puteri said...

dont give up..sgt bererti lgu ni.. jgn ptah smgt dan jom bce story dan lgu kt plak..

http://irisyatulaishahrahman.blogspot.com/2011/12/story-aku-lagu.html

nasha sanza said...

akak baca sambil nak nangis..sedihnya..sobs..sobs..

emy zulaiha said...

gud luck ye awak! entry nie best :)

Qienah said...

walaupun pjg..bes bc entry ini..:)

ID said...

nice menarik.. kite rasa boleh menang lah :)

gudluckz bro

PutryAin said...

putry setuju jangn mudah menyerh kalah kay..emm siinggh balas dn folow sini ":0

FiHa said...

wahhhh like ! heee, kuat semangat...
chaiyok chaiyok =D

Ieyra said...

JLo mesti tabah walau apupun yg terjadii yee. jangan cept lemah semngt yee btw entry yg mnarik :P

Syikin Ayub said...

Semoga JLo tabah mghadapi ujian hidup. Gudluck ye :)

izamin said...

betul..jgn selalu menyerah.. kita harus tabah.. :)

jum tgk fizah balik nak??


http://izamindorayakis.blogspot.com/2011/12/aktiviti-5-story-aku-lagu.html

DiDiE eLa said...

JL...bagus...kuat pegangan tue..move on..move on...buat yang terbaik untuk kehidupan kamu yer..gud luck yer...

p/s : tahniah sebab kamu dapat DD mengalir airmata bila baca entry nieh...huhuhu

jom tengok dan komen sini plak


http://nshuhailahz.blogspot.com/2011/12/story-aku-lagu.html

Nisa Greennnpanda said...

moge joel trus tabah ye..

btw, u can count on me, like 1,2,3, I'll be there too.. ^_^

buzz_ziela said...

we same ~
ayh sya dh tak ada 7 thn..
ape pon kte ttp kna teruskn kehidupan.
btw, good luck :D

Lieya Papaya said...

bgos laa lau ada smgt cm towh .. smoga success kayh ..

nuha zahari said...

JL, be strong! hee. good luck okayhh! :)

nurmujahidah said...

bestnya huraian dye,, banyak benar idea penulis kite ni,, :D

anamizu kaito said...

hai Joel! wahhh lagu ni! mmg terbaekla huraian Joel! jgn cpt give up okeh ;)




http://diary-kecilku.blogspot.com/2011/12/story-aku-lagu-geng-fiqra.html



luv,
cik ana

::CIK LYNN:: said...

gdluck....=)

http://lynnlinda.blogspot.com/2011/12/story-aku-lagu.html

fiQ'Ra said...

jangan menyerah.. gud luck JLo ;)

admin,
GF ~

wan niahix said...

JLo, sabar ye... hadapi hidup dengan tenang k...

^_^

Chocolate said...

good luck joel.
Jangan bersedih tau :]

Jom baca dan komen ya.
Komen anda sangat dihargai untuk memperolehi 20% markah untuk contest :D

http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2011/12/contest-kreatif-menulis-bersama-hob.html

Gadis mutiara_Solehah said...

nasib kita hampir sama..MMy father was dead too..Btw,kita kene selalu senyum..Lagu ni pun meanigfull<3

emy zulaiha said...

tahniah awk! :)