BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 23, 2011

Lecturer-student relationship, anything wrong? [E2]

Just to share my opinion, I would like to submit one more entry for Abg Eq's monthly writing contest. I have submitted one entry last time. To read, click [E1]. For those who's interested, you may click here. The contest ends tomorrow.

Lecturer-student relationship, anything wrong?

Relationship simply means a bonding with someone like our friends, family and even our teachers. There's nothing wrong to have relationships with anyone if we have the right intention to. It can totally promote unity among every human beings regardless of race or religion. Without us humans realizing, unity of our beloved country, Malaysia, can totally be strengthened if we all have good relationships with each one another. Many organisations had been established, such as PBB and also in football such as FIFA. With this establishments, the relationships that were made make this place unite as 1 World, 1 Nation, 1 People.

My brother had told me how having good relationships with his lecturers made his studies better. He has encouraged himself to bond with his lecturers during his days in his college. With that, he managed to get a roll of diploma that brings happiness to himself, his family and also his college. Not to mention, the lecturers who he bonded to all this while. My brother had gained tons of knowledge on the course that he took. Every lecturers are very intellectual in helping their students to gain information. 

With no relationships among students and lecturers, the students could face a lot of problems in their studies. My brother had seen his friends that lag far behind because they don’t have good relationships with the lecturers that will lead to a dark future. My brother had took the initiatives to have good relationship with all his lecturers in order to gain and learn more. With his interest to study, he was one of his college’s best student. Not because he is naturally clever, but because the good relationships he had with his lecturers. So as a conclusion, students should really create good relationship with their lecturers.

298 words.

Thank you.

Saturday, November 19, 2011

Kemenangan di FB yang TERHEBAT bagi diriku :')

Salam sejahtera semua! Hari ini macam tak ada saja apa-apa yang exciting. Macam tuuuu saja. Boring la kan T___T Oh ya, hari ini saya ada sertai contest dari bro denaihati. Dan I NEED YOU GUYS TO HELP!

Korang semua pergi baca entry INI. Korang bacalah macam biasa. Lepas baca tu, sudi-sudilah tinggalkan komen di entry tu. Jangan lupa juga tekan LIKE BUTTON, GOOGLE +1 DAN RETWEET BUTTON seperti di dalam gambar ini:



tolong lah ok? pergi SINI :)

bagi yang sudi tolong saya, saya ucapkan berjuta-juta terima kasih!

okay la. Saya nak kongsi sikit ni..

Korang pernah tak sertai mana-mana contest atau giveaway dalam Fecebook? Kalau korang tanya saya, saya ni, pehhh, join semua. hehehe. Kadang-kadang kita tak tau kan macam mana kita ada terima rezeki. Sememangnya saya rasa BERSYUKUR SANGAT-SANGAT kalau menang.

Beberapa hari yang lalu, saya terima satu kejutan yang memang saya tak sangka. Ada juga rezeki saya dari Lomography Asia. Ada juga rezeki untuk saya memenangi camera La Sardina - Cubic yang memang awesome gilerrr! Sebenarnya keputusan telah dikeluarkan pada 8 November tapi saya baru sedar 2 hari yang lepas. Saya buka messages facebook saya and then tekan others. Tup Tup, ada message dari Cik Angelica Catalan. Saya buka la. 


Then ini yang keluar:


OMG! TERPEGUN SEBENTAR! TAK CAYAKK! :D


 Hurrmm, nasib Lomography Asia tak tukar pemenang sebab saya lambat hantar details. THANK YOU SO MUCH Lomography Asia! Tak sabar nak cuba guna camera La Sardina - Cubic tu! Best Best! Wooohooo! Happy and excited yang tahap dewa! :D
Tak tersangka di antara beratus-ratus orang Asia yang join, saya orang yang menang lucky draw ni. Wahh, memang bersyukur :')


Cunnn tak camera atas tu? Itulah yang akan saya terima. Janganlah kau jeles :p hehehe. So as a conclusion, we must join those lucky draws or contests or give aways in Facebook or blogs. We never know our luck! :) Hehe. Tak lupa juga nak ucapkan terima kasih atas ucapan yang diberikan kepada diriku atas kemenanganku ini. Terima kasih you guys! You guys are awesome! 

Tak lupa juga saya ucapkan terima kasih juga kepada :

1. Tupperware Brands Malaysia atas kemenangan barangan Tupperware yang berharga RM100.


yeahhh! tak tersangka slogan saya dipilih sebagai pemenang :]

2. Justea for Fun atas kemenangan 2 tiket wayang GSC.


Dah dapat 2 ticket GSC tu dan disebabkan Miri takda cawangan GSC, saya telah berikan kepada abang saudara saya yang berada di KL :)

Ni gambar yang saya pertaruhkan untuk Justin Photobomb with Happy Potter Contest Justea for Fun tu :


dapat juga menang 2 ticket tu :) rezeki tauu! Thanks Justea for Fun! :D

3. Lomography Malaysia atas kemenangan 11 piggy points.


11 piggy points tu dah credited dalam account Lomo saya. Thanks Lomography Malaysia!

4. Squarelet atas kemenangan 2 voucher RM10 McDonalds.



Ni video pengumuman pemenang giveaway tu. Rezeki saya menang tempat kedua. Saya dapat 2 voucher RM10 McD. Tempat pertama dapat 3. Tahniah gak buat pemenang tempat pertama tu :) 


Dapat juga makan McD free. Yeahhh! Thanks Squarelet!

5. The Square Bazaar atas kemenangan Little Smurfy Key Chain


Walaupun hadiah ni agak kecil, saya dah cukup bersyukur tau. Banyak juga pemenang giveaway dari The Square Bazaar ni. tahniah buat semua pemenang terutamanya pemenang iPad 2! Apa-apa pun, thanks The Square Bazaar!  :D


Itu saja kot antara kemenangan saya dalam Facebook. Kalau ada yang tertinggal, minta maaf dan thank you :) Bersyukur sangat-sangat ni. Terima kasih atas semua kemenangan! I appreciate it so much! Moga-moga ada lagi rezeki di masa hadapan. Ameeen! :)

THANKS! :)


Saturday, November 5, 2011

Lecturer-student relationship, anything wrong?

Click here to join.


   Belajar merupakan sesuatu perkara yang sering disuruh oleh setiap ibu bapa kepada insan yang dijaga mereka sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, ‘melentur buluh, biarlah dari rebungnya’. Kecerdikkan dalam pembelajaran merupakan sebuah anugerah yang berharga. Dengan adanya teknologi maklumat yang begitu masyhur dan moden, banyak generasi cerdik belajar dapat dilahirkan seterusnya mampu memperbanyakkan modal-modal insan. 
   Semakin seorang pelajar itu membesar, semakin tinggilah tahap pembelajaran. Tanpa disedari, pelajar akan menjejak ke alam universiti. Di situ, pelajar akan diajar oleh pensyarah. Semestinya setiap kita tahu bahawa hubungan antara pensyarah dan pelajar akan terwujud. Terdapat dua jenis hubungan yang telah kenalkan kepadaku daripada ayahku. Ianya adalah hubungan pembelajaran dan hubungan kekeluargaan. 
   Seperti yang kita sedia maklum, hubungan pembelajaran akan pasti terjalin diantara pelajar dan insan yang mengajar. Kepentingan wujudnya hubungan ini adalah memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). 
   Perkara yang tidak disukai atau tidak disyorkan adalah hubungan kekeluargaan di mana perasaan cinta terwujud di antara pelajar dan pensyarah. Perkara ini sebenarnya 'baik', cuma tidak harus terjadi semasa pelajar dalam proses pembelajaran. Jikalau ia berlaku setelah pelajar tamat pengajian dan sudah matang, itu bagus. Ini kerana hubungan itu tidak lagi akan menganggu sebarang proses pembelajaran dan mereka mampu berumah tangga dengan tenang. 
   Hubungan pembelajaran yang wujud semasa pelajar masih belajar di universiti adalah perkara yang disyorkan serta menjamin masa depan pelajar yang cemerlang dan cerah. Kewujudan kedua-dua hubungan ini sememangnya penting. Perkara yang paling penting adalah ia harus diadakan sesuai dengan masanya. 


sekian.

CONTEST GADGET IMPIAN

     Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Sekarang aku nak sertai contest yang amat menarik dari Denaihati. Mari kita semua sertai!

   Sebagai seorang pelajar yang masih mentah dan tak mampu nak menyara kehidupan diri sendiri, aku sertai contest ini dengan harapan untuk memenangi gadget impian ayahanda tercinta. Seperti yang kita tahu, ibu bapa menjaga kita sejak kita kecil lagi agar kita membesar menjadi orang yang berakhlak mulia serta berguna kepada keluarga, komuniti dan negara. Bak kata pepatah, 'melentur buluh, biarlah dari rebungnya'. Oleh kerana usaha keras kedua ibu bapa, kami selaku anak-anaknya mampu mendapatkan pengajian yang amat baik. Oh, begitu besar jasa kedua ibu bapaku.

   Kini, aku berharap agar aku mampu merealisasikan impian ayahku iaitu memiliki seunit Samsung Galaxy Tab. Aku terbayang senyuman lebar di wajah ayahku jikalau aku dapat memberi beliau gadget impiannya itu. Sememangnya aku pun ada gadget yang aku impikan tapi aku lebih mementingkan mereka yang lebih layak memilikinya. Dan insan yang paling layak adalah ayahku yang tersayang kerana bekerja keras untuk menyara keluarganya. Sememangnya jasa yang susah nak dibalas. Jikalau aku mampu mendapatkan Samsung Galaxy Tab kepada ayahku, beliau pasti berasa bersyukur dan ia akan menjadi penaik semangat baginya. Tak lupa juga kepada mendiang ibuku. Beliau sememangnya akan berasa gembira kerana aku berjaya merealisasikan impian ayahku itu. Beliau sememangnya akan berasa bersyukur. Aku amat rindukan ibuku. Aku akan lakukan yang terbaik buat ibu bapaku! Konklusinya, Samsung Galaxy Tab buat ayahku adalah impianku.


Hidup kita ini, bersama kita jalani,
  Ketabahanmu diharapkan oleh diriku,
      Contest yang menarik, diriku sertai,
         Diriku berharap termakbul impianku.

Aku amat menyayangi keluargaku,
   Aku sentiasa bersyukur kepadaNya,
       Samsung Galaxy Tab, impian ayahku,
          Semoga diriku mendapatkannya untuknya.




Samsung Galaxy Tab 10.1 sememangnya gadget yang banyak orang impikan. 
Semoga aku ada rezeki di Contest terakhir bagi tahun 2011 dari denaihati. Amen! 

Cik Siti dan adiknya bermain petang hari,
Bermain-main sehingga boleh tiba di pekan,
Ucapan jutaan terima kasih penutup entri,
Aku berdoa agar hasratku ini dimakbulkan.

Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.comAnarm.neteQurban.comSilver Asia Sdn Bhd,Kedai Kak Siti dan Serverfreak

Tuesday, November 1, 2011

Sesi REVIEW BLOG pemenang giveaway

Okay, sekarang ni tiba masanya untuk review blog pemenang giveaway saya yang tak seberapa tu. Blog yang akan direview adalah taufidris.blogspot.com (pemenang tempat ketiga) dan  inahasan.blogspot.com (pemenang tempat pertama). Bagi pemenang tempat kedua, iaitu Abazilah, belum lagi menuntut hadiah + blog dia dah diremove. Entah camna nak contact dia. Jadi, hadiah bagi tempat kedua akan diberikan kepada yang lebih memerlukan jikalau tidak dituntut sebelum 5 November ni. Cepat-cepatlah tuntut ! :)


blog ini kepunyaan Bro Taufid. Beliau sememangnya seorang yang suka sertai CGL macam saya ni juga. hehehe. Kat blog beliau, memang penuh dengan CGL jerrr. Memang khas untuk CGL je kot. hehehe. Blog bro sangat simple and loading pun 1, 2, 3 dah habis! Bagussss! :) Rasanya tak banyak yang perlu comment kot. Cuma kalau boleh, background tu ditukar ke yang leih ceria warnanya. ok, tu je.

blog ini pula kepunyaan Cik Ina Hasan. Pemenang tempat pertama yoo. Bertuah sangat :) hehehehee. Blog cik Ina pun memang khas untuk CGL. Sememangnya takde benda lain selain drpd CGL. Mesti banyak dah memang kann. hehehe. Header blog sila centerkan ek. Sidebar pun besarkan sikit. Last but not least, join banyak banyak CGL supaya menang pun banyak banyak :D heheheee!

pssst, maaf kalau review ni agak tak berguna -.-' Saya ni kekadang tak suka review blog sebab blog saya ni pun, apa sangat kan. Bukannya hebat mana pun. Tapi, kita selaku bloggers harus tolong menolong dalam memperhebatkan blog semua kan? hehee. 

akhir sekali,




Okay la, tu je. 
thankssss! :)