Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Sekarang aku nak sertai contest yang amat menarik dari Denaihati. Mari kita semua sertai!
Sebagai seorang pelajar yang masih mentah dan tak mampu nak menyara kehidupan diri sendiri, aku sertai contest ini dengan harapan untuk memenangi gadget impian ayahanda tercinta. Seperti yang kita tahu, ibu bapa menjaga kita sejak kita kecil lagi agar kita membesar menjadi orang yang berakhlak mulia serta berguna kepada keluarga, komuniti dan negara. Bak kata pepatah, 'melentur buluh, biarlah dari rebungnya'. Oleh kerana usaha keras kedua ibu bapa, kami selaku anak-anaknya mampu mendapatkan pengajian yang amat baik. Oh, begitu besar jasa kedua ibu bapaku.
Kini, aku berharap agar aku mampu merealisasikan impian ayahku iaitu memiliki seunit Samsung Galaxy Tab. Aku terbayang senyuman lebar di wajah ayahku jikalau aku dapat memberi beliau gadget impiannya itu. Sememangnya aku pun ada gadget yang aku impikan tapi aku lebih mementingkan mereka yang lebih layak memilikinya. Dan insan yang paling layak adalah ayahku yang tersayang kerana bekerja keras untuk menyara keluarganya. Sememangnya jasa yang susah nak dibalas. Jikalau aku mampu mendapatkan Samsung Galaxy Tab kepada ayahku, beliau pasti berasa bersyukur dan ia akan menjadi penaik semangat baginya. Tak lupa juga kepada mendiang ibuku. Beliau sememangnya akan berasa gembira kerana aku berjaya merealisasikan impian ayahku itu. Beliau sememangnya akan berasa bersyukur. Aku amat rindukan ibuku. Aku akan lakukan yang terbaik buat ibu bapaku! Konklusinya, Samsung Galaxy Tab buat ayahku adalah impianku.

Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd,Kedai Kak Siti dan Serverfreak
4 comments:
Semoga berjaya. B3njy pun join juga ... kalau ada rezeki adalah kalau tak der usaha lagi kan ... betul tak ?
semoga berjaya buat Benjy juga. memang hrpkan termakbul impian aku ni. kalau termakbul, ohh, bersyukur :)
Tahniah sebab dapat join, sedih sebab blog saya tak layak. Gud luck ye..
Jutaan terima kasih diucapkan kerana menyertai Contest Gadget Impian dan semoga berjaya.
Sentiasalah melawat Denaihati untuk mengetahui update terkini contest dari masa kesemasa.
Post a Comment