Click here to join.
Belajar merupakan sesuatu perkara yang sering disuruh oleh setiap ibu bapa kepada insan yang dijaga mereka sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, ‘melentur buluh, biarlah dari rebungnya’. Kecerdikkan dalam pembelajaran merupakan sebuah anugerah yang berharga. Dengan adanya teknologi maklumat yang begitu masyhur dan moden, banyak generasi cerdik belajar dapat dilahirkan seterusnya mampu memperbanyakkan modal-modal insan.
Semakin seorang pelajar itu membesar, semakin tinggilah tahap pembelajaran. Tanpa disedari, pelajar akan menjejak ke alam universiti. Di situ, pelajar akan diajar oleh pensyarah. Semestinya setiap kita tahu bahawa hubungan antara pensyarah dan pelajar akan terwujud. Terdapat dua jenis hubungan yang telah kenalkan kepadaku daripada ayahku. Ianya adalah hubungan pembelajaran dan hubungan kekeluargaan.
Seperti yang kita sedia maklum, hubungan pembelajaran akan pasti terjalin diantara pelajar dan insan yang mengajar. Kepentingan wujudnya hubungan ini adalah memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Perkara yang tidak disukai atau tidak disyorkan adalah hubungan kekeluargaan di mana perasaan cinta terwujud di antara pelajar dan pensyarah. Perkara ini sebenarnya 'baik', cuma tidak harus terjadi semasa pelajar dalam proses pembelajaran. Jikalau ia berlaku setelah pelajar tamat pengajian dan sudah matang, itu bagus. Ini kerana hubungan itu tidak lagi akan menganggu sebarang proses pembelajaran dan mereka mampu berumah tangga dengan tenang.
Hubungan pembelajaran yang wujud semasa pelajar masih belajar di universiti adalah perkara yang disyorkan serta menjamin masa depan pelajar yang cemerlang dan cerah. Kewujudan kedua-dua hubungan ini sememangnya penting. Perkara yang paling penting adalah ia harus diadakan sesuai dengan masanya.
sekian.
4 comments:
This comment has been removed by the author.
salam..frankly i'd excited when open ur blog just want to read through ur essay..i though u are going to write in english version just like last time..anyway wish u all the best k =)
bahaya,bahaya cinta student n lecturer..
tahniah,anda salah seorang pemenang
http://www.eyriqazz.com/2011/11/pemenang-slogan-pilihan-yuyu-zulaikha.html
Nadh datang melawat peserta contest mr.Eq. tahniah.. Suka cara kamu menyampaikan pendapat.
moga berjaya. ;)
Post a Comment