BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 6, 2012

Pendapat saya mengenai kanak-kanak menjadi ARTIS


Salam sejahtera! Jom kita kongsi pendapat kita mengenai kanak-kanak menjadi artis dengan menyertai segmen entry pendapat dari cik Salwa ini. #best gilerrrr!

Sebahagian besar daripada manusia di dalam dunia ini menganggap bahawa dunia populariti ini bukanlah perkara yang dihairankan bagi semua peringkat umur. Sebenarnya tiada salahnya untuk melibatkan diri dalam bidang lakonan ataupun nyanyian ketika kita masih muda lagi. Yang saya sangat tidak setuju adalah bakat yang ada pada diri kita patut menjadikan kita seorang artis. Saya sangat kurang setuju dengan populariti yang melibatkan generasi yang masih muda. Bagi mereka yang masih dalam peringkat umur sebegini, ia belum masanya untuk mendapatkan populariti ataupun menjadi artis. Ianya masa untuk mencorak diri mereka agar mampu menjadi generasi cerdik pandai seterusnya memperbanyakkan modal-modal insan di dunia ini.

Jikalau seseorang kanak-kanak itu didedahkan kepada dunia populariti, tekanan dari pelbagai aspek terpaksa dihadapi. Menjadi seorang artis bukanlah senang. Banyak persoalan yang perlu diredahi dan diketahui oleh artis. Bukankah itu agak berat bagi seseorang yang masih muda? Mampukah insan yang muda itu berfikir dan seterusnya bertindak seperti artis yang dewasa? Secara tidak langsung, ini boleh menyebabkan tekanan dan beban bagi seseorang kanak-kanak itu. Persoalan yang LEBIH besar. Mampukah mereka mengimbangkan masa bekerja dengan masa belajar? Dengan adanya jadual yang padat dengan aktiviti seperti latihan, persembahan, temu bual, recording, dll ... mampukah kanak-kanak itu mencari masa untuk belajar?

hak milik pak google

Pendapat saya laaa. Kanak-kanak TIDAK seharusnya memilih untuk meninggalkan pelajaran dan menceburi pekerjaan sebagai seorang artis. Ini bukan kerana menjadi seorang artis tidak akan mendapat masa depan yang cerah. Banyak je contoh artis muda yang femes sekarang ni. Mia Sara, Haziq, Boboiboy, dll. Tetapi kebiasaannya populariti ini tidak akan last forever. Menyambung pembelajaran akan tetap menjadi pilihan kelak. 

Mereka yang muda ini seharusnya MEMBERI FOKUS 100% terhadap pendidikan. Pergi ke sekolah dan menimba ilmu pengetahuan. Itulah yang harus diutamakan. Mereka yang muda yang bercita-cita untuk menjadi seorang artis tidak seharusnya menamatkan impian mereka itu. Harus diteruskan tetapi pelajaran HARUS diutamakan. Ok, smile and be happpppy :D

sekian. Terima kasih! :)

5 comments:

CekbOlat-bOlat said...

yeahh.. betul tuu =)
pelajaran itu sgt penting ^^
so takyah nak retis sgt la kan,, hoho

Azhafizah[フィザ] said...

tak perlu kot jadi artis..focus pada study

Sharifah Salwa Mohd Jafri said...

wahh , bagus sangat nie :) terimakasih join ,,

Nisa Greennnpanda said...

btul2.. kecik2 xyah la jd artis lg..hehe...

Anonymous said...

nawwwww, i like your ideas ;)