BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 23, 2012

Alkisah Bisnes Lolipop

Salam sejahtera!

Jam menunjuk pukul 5 pagi dan alarm telefon pun dah mula histeria sambil menyanyikan lagu I'm a Barbie Gegerl dengan penuh sukacita dan semangat. Perkara ini amat dibenci oleh para pelajar terutamanya kalau tido lambat akibat main Counter Seterika 1.234 tanpa henti.

Dengan raut wajah awet muda, pelajar mula membuka mata dengan kemalasan seekor babiyy. Tapi tetap rebah juga ke atas katil yang lembut bak kain sutera berlapisan kapas gred 1 yang diimport khas dari India. Kununnya nak tido lagi 5 minit tapi entah-entah akan bangun abad seterusnya. Ini contoh pelajar cemerlang tapi dari bontot la jawabnya.

Lepas bangun, dengan kelajuan seorang datuk tua yang menghidapi penyakit kronik, pelajar berjalan ke arah tuala yang terletak kira-kira 2 meter tapi terasa seperti berkilo-kilo meter. Lalu ke tandas berbintang 3.01 dan bontot diletakkan ke atas mangkuk tandas untuk membuat pelaburan emas berharga free of charge untuk setiap kilogram. Setiap gram harganya doposen. Makin berat makin murah. Promosi Sale Jayen nihh. Semasa melabur emas, perasaan ingin tido datang kembali.

 

We cut it short. Setelah siap urusan dalam tandas yang mengambil masa mengalahkan proses pembikinan Kek Lapis Sarawak Siti Payung (they sell only the best Kek Lapis Sarawak!!) .. pelajar beralih ke proses pemasangan baju sekolah ataupun balik tido lagi. Tak habis-habis tido. Bagus tido selama-lamanya. Ok qwertyuio im kiddin zsaacvfd :p Lepas tu, they make their way ke bawah dan bersedia ke sekolah dan tak lupa juga sepaket besar BIG TOP LOLLIPOP yang dibeli dari gudang serba ada pada hari sebelumnya.

 

 Kenapa? Ofcos nak berlagak seperti bisnesman or bisneswuman yang bijak mengambil peluang dan berfikiran kreatif lagi inovatif. Dan lagi satu, kumpul MUHHHNEYYYY. Saya ada bisnes. Kauuu hadoo?

Ok la tu. Tidak sekadar duduk menghadap laptop generate MUHHHNEYYYY dengan menggunakan binatang cara yang susah untuk mendapat scholarship nih.

Ke sekolah dengan penuh amalan keiltizaman, kegigihan, kecekalan, keyakinan dan tak lupa juga ketekunan.. membawa paket lolipop dalam beg tote yang kini dah koyak rabak digeget tikus malam-malam. Nasib lolipop tak dihentam sekali. Pheww.

Pada waktu rehat, bisnes dimulakan, lagi sekali dengan penuh amalan keiltizaman, kegigihan, kecekalan, keyakinan dan tak lupa juga ketekunan (saja nak korang baca betapa hawtsssnya semangat saya berbisnes) Dengan harapan ada je orang akan datang ke arah saya yang sedang tersipu-sipu malu makan nasi lemak.

Tetiba... datanglah seorang kestemer. Dengan pandangan mata yang tajam dan terharu dan tambahan pula senyuman membunuh beserta jerawat comel di hidung, saya menanya :
'NAK BELI KERRR?'
Dengan harapan mereka akan katakan 'Ye, saya terima lamaran anda itu nak', saya menunggu keputusan dari mereka. Alaa, biasala, walaupun harganya cuma tigapolohsen, saya tetap menaruh harapan yang tinggi. Orang selalu kata SIKIT-SIKIT, LAMA-LAMA TETAP SIKIT JUGA JADI BUKIT. Pfft. We have to stay positive.

Tiap hari kira-kira ada la sampai RM3-5 yang diperolehi. Walaupun tak setanding dengan bisnespeepel yang jual Kawasaki Ninja Turbo ZX12R yang dapat berpolohpolohhengget setiap hari. But we start selow seloww. First jual la benda murahan je. Siapa tahu terima kontrak buka kedai dari Tan Sri Ting Pek Khiing yang rumahnya bersebelahan dengan sekolahku yang tercinta. Eyerrr ada hati! Gue cintain banget sekulah gue.

Sekarang saya dah tak buat lagi bisnes lolipop. Declare bankruptcy. Sadis bukan? Hahaha :{D Tapi saya meneruskan perjuangan hidup dengan penuh ketabahan bagai semut hindari diri daripada pukulan dasyat manusia kejam. For now, saya concentrate dengan pelajaran dan tunggu dah kayooo rayooo, saya buka kedai. I'll proof it to you. CHALLENGE ACCEPTED. Muahahahahaha.

 

Atleast I had made an effort to actually buat bisnes ini dulu. Now I know how to appreciate money more sebab nak cari wang bukannya senang. Susahhhhhhhh. So moral of this Real Life Story Of Joil Lesqie issssss .... Please, yes PLEASEEEE appreciate your parents yang dah bertungkus lumus mencari nafkah untuk memberi segala keperluan anda.

Andooo fahamm?
notahebat : apesal entri ni macam takdo pulak pasal bisnes lolipop. -__- Kena practice buat plot.

Sekian. Terima kasih!  

3 comments:

Kamil Kahar said...

haha...teruskan2...bakat da ada...cuma perlu perkembangkan lagi...

JLo...alang2 kk da dtg sini kk nk JLo join segmen nie... http://kamilkata.blogspot.com/2012/03/geng-fiqra-segmen-nak-jumpa-mereka.html

haha...papehal gudluck in ur new business... :P

wasabi onee-san said...

hahahahaa... terbaek lah.. bsnes lolipop.. jrg2 kdgran... ^^,

Gadis Bertudung Merah said...

NAk lolipop secara percume leh...hahhahaha...

GBM dh uat dlu.. lolipop, cokelat and choki2..=))