Hi! Ok, salam sejahtera dan salam hebat saya ucapkan kepada semua pembaca yang berimaginasi hebat persis penulis buku fairytale kanak-kanak dua tahun empat belas bulan.
Mungkin kebanyakan anda tidak tahu lagi yang saya ni pernah menjadi champion pertandingan imaginasi semasa berada di bangku tadika. Memang kemenangan yang termanis bagi saya walaupun pada masa itu, saya adalah satu-satunya peserta pertandingan itu. Yang lain tak pandai berimaginasi. Pandai bab-bab one, two, teewee je lebih. Oh, betapa hebatnya anak didikan ibu bapa saya.
you just have to believe it. Cos what I just said was serious sheet.
Saya yang berimaginasi hebat telah memenangi pertandingan itu dengan tajuk imaginasi
Semut Merah Besar Gila Beb!
*topik kanak-kanak yang typical..*
Dengan gaya molek dan comel mengalahkan Mia Sara, saya telah menceritakan mengenai imaginasiku yang luar biasa...
Pada suatu hari, saya terjumpa seekor semut betina berwarna merah berjalan-jalan dengan handbag Louis Vuitton di atas lantai yang baru saja dimop. Saya berasa amat marah dan stress sebab semut siot itu telah dengan kejamnya mengotorkan lantai yang berkilau-kilau seperti berlian 54 karat.
wajah stressku semasa 6 tahun. Sudah hot bukan? :b
Dengan segala kekretipan di dalam diri saya ini, saya telah memikirkan satu idea yang bernas tentang apa yang patut dilakukan kepada sang semut di atas kejahatannya itu. Jeng jeng jeng, idea pun meletus keluar dari kotak fikiran saya. Saya terus berlari ke bilik tidur untuk mengambil sesuatu. Apakah 'sesuatu' itu? Ianya adalah ...
bedak kesayanganku.
Motif kejam saya adalah menaruk bedak ke sang semut supaya ia menghadapi masalah untuk bernafas serta mengeluarkan batuk berdarah dan seterusnya, mati. Kejamnya diri saya. MUAHAHAHA! Tapi, itulah tindakan yang munasabah. Orang yang bersalah harus dihukum!
Saya terus berlari sepantas kerbau, membawa motif yang kejam. Dengan rakusnya, saya mengejar sang semut yang cuba melarikan diri setelah mengetahui motif saya. Tetapi, MUAHAHA, semut berjaya ditangkap oleh saya. Setelah itu, saya membawa sang semut ke bilik main lalu melekatkannya pada katil bedah Barbie doll. Sang semut membuat wajah comelnya untuk meminta simpati tetapi tetap tidak berkesan dalam meluluhkan hati saya yang sekeras batu. Sebab yang utama adalah kerana muka I jauh lagi comel.
Sang semut mula nebes, dengupan jantungnya sederas F1. Tanpa membuang masa lagi, saya mula memusingkan kepala bekas bedak untuk membiarkan bedak mengalir keluar daripadanya. *masa tu cikgu tegur cakap mengalir tu salah tapi adaku kesah? miehehe* Lalu, dengan wajah sekejam pembunuh bersiri dalam cerita Teletubbies, saya terus menaruk bedak pada sang semut, sambil mengeluarkan ketawa sinis.
Sang semut mula batuk dan ... senyap, tertutup matanya........
TIBA-TIBAAAAAA!!!.. *cikgu melatah*
opsss. kantoi sudahh :3
...Sang semut membuka matanya. Merah semerah-merahnya mata merahnya. Meremang bulu roma melihat sang semut semakin besar dan besar dan besar dan BESARRRR. Mak aih. Nebes diri saya.
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!..
Betapa menyesalnya diri saya di atas tindakan kejam yang telah dilakukan. Saya redha, bersedia untuk dimakan oleh sang semut yang gergasi. Sang semut berdegis, mengakibatkan saya kencing dalam seluar *erk?* Saya duduk di atas lantai bilik main, menunggu sang semut untuk memakan saya. Huhuhu. Sedih, kecewa, menyesal, insaf. Sememangnya itu perasaan saya. *cikgu mula mengeluarkan air mata tapi malu-malu. feeling gitu.*
Tetapi something shook me. I HAVE TO FIGHT FOR MY LIFE! Saya terus berdiri lalu mengeluarkan telefon bimbit yang dibeli di kedai bersebelahan.
comel seperti pemiliknya.
Terus dengan muka penuh semangat, saya dail nombor telefon
kak Nisa. Saya percaya itu tindakan yang betul. Kak Nisa boleh tolong kerana Kak Nisa mempunyai kuasa. Kuasa dahsyat iaitu..
Kak Nisa terus terbang ke bilik main tanpa lupa meninggalkan bekalan makanan untuk tapir-tapirnya. - Proooooooooot! ~ melambung ke negara jiran dinding bilik main setelah terkena kentut kak Nisa. Begitu dahsyat. Wow.
Nyaris-nyaris lagi saya ditelan oleh sang semut.
"Tolonggg tolonggg tolonggg oooo!!" teriak saya dengan rentak lagu Babeh - Jaybi.
Lalu
IRON GIRL iaitu Kak Nisa mengeluarkan statementnya.
"No worries... cos IRON GIRL is here!"
"Ohmyy, IRON GIRL! There you are! Help me! Fast fast!" cakapku dengan lega.
"No, if you don't say 'please'" jawab kak Nisa dengan gedikz.
"WTH?! Okay.. pleaseeee" balasku tanpa keikhlasan.
"Ok. hihihi!!," jawabnya lagi dengan kegedikan melampauz.
PROOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOT" kentut dahsyat dikeluarkan olehnya ke arah muka sang semut. Sang semut menghidunya.. semakin lemah, lalu pengsan.
Kak Nisa tidak berhenti kentut agar sang semut mati semati-matinya. Setelah penat mengeluarkan kentut, kak Nisa berhenti. Sang semut mati sepenuhnya. Kak Nisa rehat kejap sebab letih dan terus recharge balik kuasa kentutnya.... Setelah itu, dia mengangkat bangkai sang semut dan membawa ke tapak perkuburan yang berdekatan... And everyone lives happily ever after. THE END.
p/s: wah, hebat bukan? MIEHEHEHEHEHE.
Sekian. Terima kasih!