Kenapa menipu ? Nak cover malu ? apasal buat kesalahan itu kalau tahu nanti dapat malu ? tak nak dapat malu, menipu pula. haihhh. terus terang lagi baik .~~~> 'berterus terang nanti kena marah/dipulaukan/diejek..tak nak ! tak nak !' ... apasal nak takut orang akan memperendahkan kita ? Biarkan saja mereka ejek, pulau, marah, dll .. asalkan kita dah jujur .. nanti kalau menipu, makin complicated-lah pula masalah tu. Kalau kita tipu tetapi tertangkap akhirnya, makin teruklah situasi nanti.. Selain itu, kalau jujur, Tuhan pun maafkan kita atas kesalahan kita itu. Kalau menipu, DOSAAAA ..
Semua Orang Tipu. Betul tak? Siapa berani cakap yang sepanjang hidup dia, dia tak pernah tipu langsung? Aku yakin semua orang pernah menipu, aku yakin semua kekasih pernah menipu kekasih mereka dan aku yakin ibu bapa pun banyak menipu anak mereka. Tak ada satu orang pun dalam dunia yang suci daripada penipuan, semua pernah menipu.
tapi wujud ke orang yang tak menipu ?
Kita mahu melihat ke dalam cermin dan rasa yang diri kita ni bagus, jadi kita tak menipu. Pada masa yang sama, kita masih boleh menipu sedikit dan masih mampu rasa diri kita bagus. Jadi mungkin apa yang berlaku di sini ialah terdapat satu batas dalam penipuan yang kita tak boleh lebihi tetapi kita masih dapat memperolehi manfaat daripada penipuan kecil itu, asalkan impresi terhadap diri kita tak berubah.
2 comments:
sy prnh menipu! ats sbb yg teramat byk =.='
samalah kitaaa :/
Post a Comment