nak join segmen hari ini :)
segmen ini dianjurkan oleh http://bobiestory.blogspot.com/
jadi, inilah kisah aku dan warna biru ....
Saya bergembira dengan bersama kawan-kawan rapatku pada hari Khamis yang biasa. Dalam fikiran, 'JOM HAVE FUN!' . Tiada perasaan gentar, tidak berfikir sesuatu yang buruk akan berlaku. Berjalan-jalan di tepi pantai sambil menghirup udara yang nyaman & sejuk. Bermain dengan pasir & laut, mengejar ketam yang kecil, mengukir nama menggunakan kayu pada pasir. Sememangnya hari yang gembira.
'Oi, jom pergi beli air', kata kawanku kepada saya. Saya mengikut kawanku itu ke sebuah gerai yang berhampiran. Nama dia Anthony. Anthony merupakan kawan baik saya sejak tadika lagi selain daripada Shanti, Ronald, Tifanny dan Manuel. Selepas membeli air minuman yang menyegarkan, saya dan Anthony berlari ke arah kawan-kawan yang lain yang sedang asyik berkejar-kejaran berdekatan dengan laut.
Semasa berlari, saya terlihat seorang budak kecil yang duduk bersendirian di bawah sebatang pokok kelapa. Umurnya kira-kira 6 tahun . Saya tak dapat melihat mukanya kerana rambutnya. Dia memakai baju berwarna BIRU. Saya tak berapa menghiraukan dia kerana mahu berseronok dengan rakan-rakan yang lain. Hari semakin gelap. Sunset pun tak lama lagi. Saya mengajak kawan-kawanku untuk duduk supaya kami boleh melihat sunset itu nanti. Sambil menunggu, kami bercerita tentang pengalaman kami melihat hantu. Turn saya pula untuk bercerita. Saya bercerita tentang saya pernah melihat seorang gadis yang menangis mencari ibunya. Saya melihat kuku & rambut gadis itu sangat panjang, matanya berdarah & memakai baju putih. Sebab bercerita, saya teringat tentang budak yang bersendirian tadi. Saya menoleh ke kanan dan saya masih dapat meihat budak tadi bersendirian.
Oleh sebab kasihan, saya memberitahu kawan-kawanku untuk menemani dia. Sebelum itu, kami melihat sunset . selepas itu, barulah kami hendak ke budak tadi. Warna biru pakaian budak tersebut semakin terang pada mataku semasa kami menghampiri dia.
Kami menanya dia mengapa dia bersendirian. Dia kata, 'mak saya....'. Mak kamu apa ?', tanya Manuel. 'Dia berjual di situ' katanya. Kami fikirkan sesuatu yang buruk berlaku tadi. 'Kenapa tak pergi dengan dia?', tanya Shanti. 'Saya disuruh duduk disini sebab saya degil', katanya. Saya berasa pelik. Mak jenis apakah yang suruh anaknya yang masih kecil bersendirian tanpa keselamatan ? Mata budak itu pun BIRU. Juga dengan cermin matanya. Saya tanya, 'awak suka warna biru?' 'Ya, suka sangat', jawabnya. Patutlah dia begitu. Dia katakan ibunya memanggil dia dan dia pergi dari situ. Sebelum itu, dia berterima kasih kerana menemani dia. Kami berasa puas hati sebab dapat membantu dia. Kami sekawan pun pulang ke rumah semasa ibu bapa datang mengambil kami.
Keesokkan harinya saya membuka surat khabar sebab nak membaca berita-berita yang ada. Di sebuah ruangan dalam surat khabar - 'BUDAK BERPAKAIAN SERBA BIRU MEMBUNUH DIRI'. Saya tak tersangka yang dimaksudkan di dalam surat khabar adalah budak yang kami temankan semalam di pantai. Saya terkejut. Rupa-rupanya budak itu telah ditinggalkan oleh ibu bapanya di pantai dan menyebabkan dia membunuh diri sebab kesedihan. Patutlah dia bersendirian semalam. Dia berkata ibunya berjual tetapi penjual itu merupakan orang yang tak dikenalinya, cuma sebagai alasan. Dia telah terjun ke dalam laut lalu meninggal dunia kerana lemas. Saya menangis kesedihannya semasa menelefon rakan-rakan saya.
Saya masih dapat membayangkan mata budak itu yang biru muda selain daripada pakaian dan cermin matanya yang berwarna biru... Saya mengingatkan hari tersebut dengan warna BIRU. Warna BIRU itu mengingatkan saya dengan budak tersebut. Setiap kali warna BIRU disebut, pasti saya mengingatkan budak itu.
SEKIAN...
Itulah kisah
AKU DAN WARNA BIRU
0 comments:
Post a Comment