BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 11, 2011

Sampai hati seorang ibu melakukan ini | mood : SAKIT HATI -.-'

 Elizabeth Escalona

DALLAS: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun kini koma selepas ibunya didakwa melekatkan tangannya pada dinding dengan gam dan memukulnya kerana kencing merata.
Elizabeth Escalona, 22, berdepan dengan tuduhan mendera kanak-kanak selepas dia didakwa mengheret anaknya sekeling rumah di Dallas dan menderanya.
Tindakan itu menyebabkan kanak-kanak itu mengalami pelbagai kecederaan termasuk pada otaknya.


Kanak-kanak itu, Joselyn Cedillo kini bergantung pada mesin penyambung hayat di hospital.
Berdasarkan laporan polis, glu dan cat diletakkan pada tapak tangannya menyebabkan kulitnya menggelupas teruk.
Seorang anggota keluarga memberitahu wartawan, kanak-kanak itu juga mengalami patah tulang, calar-balar dan kecederaan di kepala.Elizabeth dikatakan mengheret anaknya sebelum menggam tangannya pada dinding sehingga berdarah.
Dia kemudian memukul perut kanak-kanak itu dengan jag susu, menendang dan memukulnya lagi dengan kasut dan tali pinggang.
Polis berkata, beberapa orang pernah menyaksikan dia memukul anaknya itu sebelum ini.
Elizabeth boleh dihukum penjara seumur hidup jika didapati bersalah. Tiga anaknya yang lain kini diletakkan di bawah jagaan pihak berkuasa. - Agensi


sumber : TEKAN SINI
hotstuffbyjoel : 
teruknya ibu seperti ni :'( janganlah mana-mana warga 
Malaysia buat penderaan terhadap siapa-siapa. 
Semua orang termasuklah yang muda nak hidup yang aman.

4 comments:

Siti Nurazlinda said...

anak sendiri kot . sampai hati dia kan ?

Joel Leslie said...

memang anak sendiri. sampai hati dia :'(

jeremiah_lucky7 said...

so sad i hate it ... jahat memang dia patut di hukum labih dari dipenjarakan

SaySay said...

apa nak jadi?
sampai hati mak dia >:C