ello readers & salam #hebat! Namaku Tangan. Jam Tangan. Ya, memang aku suka cakap macam Encek Jem Bun sejak aku diproses di kilang lagi. Jem Bun kerja sambilan sebagai pekerja kilang. Dari situlah aku kenal dengan dia. Ces! Masih aku ingat first time aku kenal dengan dia. Aku diraba-raba dia dengan tangannya hanya untuk memasukkan semua usus pentingku. Geli-geliman aku kenanya. Tapi tak mengapa... Malah, aku bersyukur! Dialah yang buat aku macho lagi stainless steel macam Iyonman, seorang kawanku yang bernama Cazio yang diproses. Kini, dia sudah meningkat usianya namun masih secomel aku yang comel. Eh?
comel? katakan ya.
Aku pun diterbangkan ke KL. Fuhh, jauh perjalananku dari Jepun. Tapi aku happy masa tu sebab aku berada di dalam flight yang sama dengan Scha Alyahya oleh kerana beliau baru je habis pengambaran Klaaas Kau Maria di negara Jepun masa tu. Memang tuah badan aku. Paparazzi tak melepaskan peluang mengambil gambar aku.... sebagai latar belakang Scha Alyahya. JAM LAIN HADOO?!
Setibanya aku di KL, aku masih lagi dilayan seperti kerabat. Aku dijaga semantop-mantopnya oleh beberapa manusia yang tak kenal erti penat lelah. Kehilangan aku bagaikan kematian bagi mereka. Sungguhku rasa bertuah.
Tiba-tiba aku dibawa ke sebuah bangunan yang besar la jugak. Terpampang luas perkataan "KL SENTRAL" di depan bangunan itu. Mak aihh aku start berasa nervous ketika berada di situ kerana keadaan di situ menyeramkan. Manusia seakan-akan bergaduh, senantiasa menjerit. "Dua singgit, dua singgit! Beli tiket ke Genting! Dua singgit, dua singgit!" Satu lagi pula "Babie doll, Otomen, Bekmen!! Semua ada!!". Entah apa yang dijeritkan itu. Firasat aku mengatakan itu benda yang tak baik. Glrpp, aku telan air liur.
Aku merasakan hidupku akan berubah. Adakah aku akan dijadikan hamba? Dijadikan sebagai pencuci tandas? Ataupun yang lebih teruk... menjadi prop untuk video Sore eyes - 5 Day MC???!! TIDAKKKKKKK MUNGKIN!! :'(
Dupdapdupdap, hati besiku berdegup. Aku senantiasa diperhatikan. Tiba-tiba... Aku disimpan dalam kotak. Adakah aku akan dikebumikan? Apapun yang akan berlaku pada saat itu, aku dah bersedia. Aku akan bersabar dengan masa depanku.
Aku dibawa ke dalam kapal terbang lagi. Dan ke rumah. Aku dikeluarkan dari kotak. Lalu, aku diberikan kepada seorang manusia ni dan dilekatkan di tangan. Mukanya sepeti Encik Jem Bun tetapi jauh lebih muda, cute dan macho. Siyesly hot. *miehehehe*
Lama kelamaan aku tahu apa kerja aku sebenarnya. Aku dijadikan petunjuk masa yang femes. Setiap hari aku dibawa jalan-jalan. First time aku malu, lama-lama aku konfiden. Malah, aku konfiden berada di tangan sesiapa pun. Asalkan aku kena puji, aku konfiden. Wheeee ~
Setelah 1 tahun berkhidmat untuk pemilikku, aku jatuh sakit dan kesemua usus-ususku protes lalu terkeluar macam bom atom. Penyakit kanser besi. Sedih aku. Namun, ke tetap bersyukur dapat berkhidmat untuk tuanku yang cemerlang, terbilang, kegemilangan dan lapangan lagi bangang.
Aku tetap disimpan dalam kotak.
Aku ada penggantiku.
Siapakah si pengganti itu?
Si B.U.M empat kaler.
Ucapan buat si pengganti..
Sememangnya kau telah mengganti tempatku tetapi jangan nak perasan lebih. Orang kata "benda yang kedua tak akan disayangi sehebat benda yang pertama" Miehehehe. Tetapi kau tu mahal, pastikan lebih tahan lama.
p/s: motif sebenar entri ni adalah ekceli untuk show off sikit jam baru aku. Kbai.
Terima kasih!
8 comments:
Haha
hahaha, karangan mcm ni aq pena buat xpernah full mark, dpt 35 gtu la... tp karangan yg mcm ni paling senang nak dpt mark kan?? hohoho... btw salam kenal dr aq..
karangan bibliograf..
penceritaan menarik..
teringat kenangan sek rendah..
type karangan yang paling aku suka..
Selamat Hari Raya Aidilfitri ♥
Jom Baca/Komen :) http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/08/selamat-hari-raya-aidilfitri.html
@bariah: hehe
@khairolina: yup senang nak dpt markah + blh guna imaginasi :D best2! salam kenal juga :)
@shafiqzbdshukor: hehehehe. thanks! yup, saya pun mmg suka karangan mcam ni.
@Cik Fie: selamat hari raya juga!
Post a Comment