BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 8, 2012

Kita Belajar COVER LINE Hari Ini

Salam sejahtera! Ohh suasana yang sesuai untuk menikmati secawan Milo Fuze 3 in 1 tanpa air. Sedap hingga mengigit jari kaki. #macam haram je ayat -___-

masuk terus dalam cawan. UMPPP, Jelas terasa.


Kemajuan Malaysia telah melahirkan generasi bijak pandai dari pelbagai aspek. #sila setuju dengan tuan blog. Oleh sebab yang sedemikian, saya mengambil kesempatan untuk mengajak gentlemen and gentlewomen yang hebat-hebat lagi haram-haram harum-harum sekalian, untuk meneruskan perjuangan anda dalam memandaikan diri.
'Aper kes you carkap mende marcam ini?,' tanya omputeh dari New Zealand. 
'Ini blog saya. Bukannya blog Simon Cowell. Sukahati saya lahh,' jawab saya dengan riak muka Like a Sir.

Ok. Itu tiada kaitan dengan topik hari ini. Harap maklum.

Eh, kau sendiri suruh simpan nama kau dalam blog saya. Malu konon.

Naaa, mulalah merapu & meroyan macam Mak Dara. Opssssssss. Tahniah Mak Dara menang Worst Blog of the Year. Seriously .. I LOVEEEEEEEEEEEEEEEE YOUR BLOG! #bukan sekadar cover line.

Okay, topik kita hari ini adalah  
  CARA-CARA UNTUK COVER LINE KETIKA ADEGAN-ADEGAN TERTENTU

1. Kalau tersepak batu ...

Jangan kau melatah macam seekor gajah yang terjumpa seekor tikus.

Kau start mencangkung, kononnya atur tali kasut.

Ataupun, kau baring atas lantai dan terus berguling-guling sampai jauh dari perhatian sesiapa. Kalau ada juga orang, kau berguling sampai masuk ke dalam laut. Dan mati lemas. Kan dah tak payah tanggung malu. Tapi kau tanggung la dosa bunuh diri. End of story. 


2. Kalau terjatuh dalam longkang ...

Jangan kau teriak macam gades-gades gedik SMK Tembikai Bercili.

Kau start pungut sampah yang ada dalam longkang tu. Jangan lupa kononnya marah-marah dengan suara yang kuat. Buku mulut tu besar-besar supaya suara pun besar jugak.

Kau marah macam kau kecewa dengan tindakan manusia yang buang sampah merata-rata tu. Kalau kau laki, pasti gades cair sebab tengok kau prihatin terhadap kebersihan. Tu satu bonus bagi laki. Kalau kau pompuan, laki nak kahwin ngan kau sebab mereka tau kau akan kutip semua sisa-sisa makanan lepas tengok bola. Itu satu tamparan hebat bagi pompuan. #sila jangan buat laporan polis.

3. Kalau kau tertidur dalam kelas ...

Jangan kau bangun terus. Kau simpan je muka kau atas meja.

Jangan bangun dulu kalau cikgu panggil nama kau buat kali pertama. Tunggu cikgu panggil kau panggil nama kau kedua kali, baru kau bangun and katakan

'HAAAAAAAAAA! FAHAMMMM PUNNN!' dengan riak muka sebegini :


Pasti cikgu fikir kau berfikir tadi. Kalau nak sambung tidur, kau turunkan kepala kau lagi dan prosesnya bermula lagi sekali. Kalau cikgu datang kat kau, mampuslah kau. Sekian.



Ok gentlemen dan gentlewomen sekalian. Sememangnya perkara macam ini selalu berlaku terhadap kita. Tapi teguran saya #yerrr budak kecik bagi teguran JANGANLAH buat perkara yang saya katakan tadi. Kenapa? Kita haruslah tanggung malu atas kelalaian sendiri. Seperti nombor 1, siapa suruh tak tengok batu tu?

Sebab kadang-kadang jikalau kita cuba cover line, besar kemungkinan perkara yang drastik boleh berlaku. Contohnya nombor 3.. sebab kau dah terbiasa buat macam tu, entah-entah kerja tu takkan siap walaupun sampai sedekad. Haaaaaaa, get the picture? Be true to yourself and pay the consequences for something you did.




Yeah. Totally.



Sekian. Terima kasih!

6 comments:

Rapunzel Cikilolo said...

aku suke part tido dalam kelas tu. haha

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

hehehehe Joel pon dah terjangkit dengan penyakit meroyan mak ke hehehe... btw thank you atas sokongan joel ya.. really appreciate it =)

dear yayah said...

lorh, kalu tersepak batu.. jgn pandang belakang .. teruskan perjalanan dgn muka toya :)

Joel Leslie said...

@rapunzel : hehehe. selalu buatttt ekk? :p
@mak dara : berjangkit. Ohh makkkk gayahhhhhhh :p hehehe. you're welcome :D
@dear yayah : kehkehkeh! comel gak tu :D

shafiqabdshukor said...

yang ketiga tu..
kalau dibantainya cikgu tny..
nak jawab ape... hahaha..
selalunya kalau aku..
aku jujur je ckp ak ngantok...
x denye lecterur nak denda..

Joel Leslie said...

@shafiqabdshukor: heheheh. semua org ada caranya yg tersendiri :p