BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, June 28, 2012

#HEBAT OVERLOAD: Pentatonix!

H
ello readers & salam #hebat!


Dua entri lepas memang emo. Kehidupan penuh kekecewaan. Ahh, malas nak fikir pasal benda sedih-sedih lagi. I'll just keep hoping that life will get much better everyday :)

So yeah, here's another entry to let everyone know what I found from the net! Entri berkaitan: Aku Minat Mereka Wei ! & Bakat Insan-Insan Muda.

Buat kali ini, I was really interested to a group that caught my attention instantly after I knew the group's name. The group is...........

.............
..........
........
....
.

PENTATONIX

Pentatonix is an a cappella group of five vocalists, Scott Hoying, Kirstie Maldonado, Mitch Grassi, Avi Kaplan and Kevin Olusola, originating from ArlingtonTexas. The group won the third season of The Sing-Off on November 28, 2011 broadcast on NBC, singing an a cappella arrangement of "Eye of the Tiger" originally performed by the band Survivor. Pentatonix won $200,000 and a recording contract with Sony.[1][2]
Pentatonix began with three friends: Kirstie Maldonado, Mitch Grassi, and Scott Hoying at Martin High School in Arlington, Texas. Hearing of a local radio show hosting a competition to meet the cast of Glee, they arranged a trio version of "Telephone" and sent it in. Although they did not end up winning the competition, it sparked attention around their school, where the group began performing. After their version of "Telephone" gained attention on YouTube, they continued performing. With The Sing-Off auditions announced for season three, they added two more performers, Avi Kaplan and Kevin Olusola and renamed the group "Pentatonix". They successfully auditioned for the show and eventually went on to win the title for 2011 (season 3). The group derives its influences from pop, dubstep, electro, reggae, and hip-hop. As of January 2012, they have been releasing music videos. Their much-anticipated EP, "PTX Vol. 1", was released on June 26, 2012[3]. -Wikipedia

My favourite of all! Their cover of WE ARE YOUNG! #hebatttt!


Moves Like Jagger. Woot Woooot!


Antara yang terbaru oleh group ini. Their cover of STARSHIPS!!


Their mashup of AS LONG AS YOU LOVE ME & WIDE AWAKE :)


Why I find Pentatonix just incredibly #hebat & amazing? It's a simple group, no instrument needed, purely talented, they appreciate the wonder of music very well! This group is a MUST LOVE!! (:

FOR MORE PENTATONIX VIDEOS : PTXofficial

p/s: Come and share YOUR favourite YouTube artists/bands! ter#HEBATTTTTTT!

Thank you!

Monday, June 25, 2012

k e c e w a

H
ello readers & salam #hebat!


Ya, sememangnya kecewa. Hampa yang tak dapat dibayangkan. Setiap hari dilalui, senyuman yang manis mungkin terukir di wajah. Tetapi keikhlasan? Langsung tiada.



Mungkin perkara sekecil ini bukanlah perkara yang boleh membawa impak yang terlampau besar dalam kehidupan kita manusia. Tetapi siapa yang larat untuk melaluinya selalu? Fahamilah... kesedaran tentang betapa sensitifnya manusia itu harus ada. Manusia kebiasaanya tak suka untuk menunjukkan perasaan tidak puas hatinya, oleh itu SEDARLAH sendiri. Bertindaklah yang sewajarnya. Lebih bagus bertindak secara terus, bukan menangguhnya lagi sehingga kalimat 'minta maaf" perlu diucapkan. Ketika masa itu, si pemaaf dah lama simpan dalam hati dan sudah agak terlambat untuk dia lupakannya. Manusia mudah memaafkan tetapi untuk melupakan? Hampir mustahil. Tetapi jikalau dah terlambat untuk si pemaaf untuk melupakannya, ucapkan "minta maaf" dengan penuh perasaan kerana si pemaaf terpaksa menanggungnya dalam tempoh masa yang lama.

Taylor Swift turut sedari kepentingan meminta maaf :)

Tatkala bersendirian, hari yang dilalui mungkin diiringi dengan tangisan yang meleleh sebagai simbol kepada kekecewaan yang terpaksa ditanggung setiap hari. Walaupun tidak terserlah kekecewaan di wajah setiap kali dilihat, hati membicarakan perkara yang sebaliknya - kekecewaan yang tiada tandingan.

"Kenapa mesti saya yang melaluinya?" "Adakah saya terlampau baik, lalu dianggap manusia yang lemah, manusia yang boleh dipandang rendah, manusia yang tak perlu dijaga perasaannya?".. Monolog dalaman yang membawa erti yang menyedihkan.

Bukannya diinginkan diri adalah membalas dendam, tetapi hanyalah keadilan yang sepatutnya dinikmati sejak dulu lagi. Pemberian mungkin ikhlas, tetapi kita tetap inginkan ucapan terima kasih. Pertolongan mungkin ikhlas, tetapi kita tetapi inginkan pertolongan tatkala perlu. Tetapi ini... apa? Dianggap sebagai hamba. Cis, hanya senyuman palsu yang mampu diukir.

Tetapi tiada apa-apa yang boleh dilakukan. Hidup diteruskan walaupun menyakitkan. Yang diharapkan adalah cuma kesedaran yang sepatutnya. Sedarlah wahai "kawan", sedarlah. Kenapa nak teruskan kepalsuan itu?

Tapi tak mengapalah. Bersabar diriku. Biarlah aku yang merana sekarang. Tetapi... masa depanku, TANPA kehadiranmu.. ITU YANG KUNANTIKAN.

sekian.

p/s: satu lagi luahan insan biasa yang penuh dengan kekurangan. Related entry: TEKAN SINI.


Terima kasih!

Friday, June 22, 2012

I'll Be Strong.. TIDAK DIHARGAI? Perkara Biasa.

H
ello readers & salam #hebat!



Ianya perkara biasa. Dilalui oleh insan kelahiran bumi. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Setiap hari dalam kehidupan? Tidak mustahil.

Kebaikan dibalas cacian, hinaan, kesombongan melampau. Pernahkah kita sebagai manusia mengimbas kembali kesemua jasa kita ke atas manusia berperangai berbeza? Pernahkah kita merungut di atas kebaikan kita yang tidak dihargai? Kebaikan diberi penuh keikhlasan, cuma mengharap kalimat ucapan terima kasih. Tapi masih wujudkah manusia bersyukur, pemaaf dan rasional?

Bersyukurlah wahai manusia,
Tiada di dalam kehidupan ini berharga murah,
Berkat sebagai balasan usaha, penat lelah yang diberi,
Bersyukurlah di atas apa yang ada, tak kira bernilai mahupun tidak.

Bersyukurlah wahai manusia,
Kita bukan manusia yang boleh berdikari sepenuhnya,
Tetap bergantung dengan insan berupaya membawa kelainan,
Kenapa manusia? Kenapa tidak reti nak hargai mahupun sedikit pun?!

Maafkanlah wahai manusia,
Tiada manusia yang dilahirkan tanpa kekurangan,
Bantuan mahupun pemberian mungkin tidak sempurna,
Tetapi bukankah dah cukup untuk dihargai oleh kita?

Maafkanlah wahai manusia,
Ianya dah cukup untuk diberi sesuatu untuk kegunaan dirimu,
Janganlah pula dibalas dengan melahirkan hati tidak puas hati si pemberi,
Fahami penat lelah si pemberi - usaha dicurahkan kerana keikhlasan di hati.

Rasionallah wahai manusia,
Siapa yang tak hampa jikalau tidak dihargai pertolongannya?
Memaksa dirinya untuk memberikan yang terbaik untuk insan lain,
Tetapi apa? Cacat sikit.. dibalas pula dengan cacian dan hinaan.

Rasionallah wahai manusia,
Si pemberi yang ikhlas bukan inginkan balasan yang besar,
Cuma dahagakan ucapan 'terima kasih' yang menyejukkan hati,
Oh, kecewa si pemberi menerima sesuatu yang sebaliknya.

Tetapi.. tidak mengapa. Si pemberi tetap bersabar. Senyuman di muka terukir dengan semangatnya.

Dalam hati siapa yang tahu. 

Tidak mengapa. Tiada perlunya untuk berdendam. Ia cuma membawa lagi banyak masalah. Mungkin yang jauh lebih menyakitkan. Oleh sebab itu, si pemberi meneruskan kehidupan dengan penuh sabar, mengharapkan esok hari yang lebih baik.

Tiada sesiapa yang boleh mengambil pendirian kita.

Tiada apa-apa yang boleh melemahkan kita wahai manusia. Menangislah tetapi bertahanlah sentiasa. Dunia mungkin gelap tetapi kita haruslah mencari jalan ke tempat yang terang. Walaupun kebaikan kita tidak dihargai, ingatlah.. Tuhan sentiasa mengadili kita. Life's seems unfair. Oleh sebab itu, biasakan diri kita. Apa-apa pun, GOD IS ALWAYS FAIR. Kehidupan dteruskan tanpa kesesalan.

I really don't wanna say thing such as 'I want to go back to how things were before". I recognize how I am right now and I will continue to live on. - Aya.

Mungkin tiada hakku nak menegur manusia. Si pemberi pun boleh bersikap egois. Tetapi apa yang mampu saya lakukan?.. Cuma merungut, kononnya saya sempurna, tidak akan melahirkan kesedihan di hati lain? Hipokrit, panggilan sesuai bagiku.

p/s: Cuma luahan perasaan insan biasa penuh kekurangan.

Terima kasih!

Thursday, June 21, 2012

Hadiah Hari Jadi lagi. Eh? [part 1]

H
ello readers & salam #hebat!


Perghh, tak terasa dah hampir sebulan saya rayakan hari jadi saya yang ke 15. Yup, memang masih muda. Kalau nak mengetahui nikmatnya berusia muda pada zaman modenisasi ini, cepat-cepat garu kepala dan terjah entri ini. Itu kisah hari jadi saya yang #hebat serta sesuai buat yang muda mahupun tua. Bencikan saya terus kalau nak benci. Ngeeeeeeee.

Maafkan kekasaran bahasa, itu cuma penyaman introduction entri.

Betul, memang dah hampir sebulan dah berlalunya hari bermakna saya. Telahpun saya sambut dengan penuh gembiranya bersama keluarga serta rakan sebaya. Kalau hari jadi, biasanya kita akan terima hadiah yang bermacam-macam jenis.

"Ceh, apa je la hadiah murahan yang kau dapat tu. Ewww," kata Cik Got Tuh Hail kepada Hang #hebat
"Nothing much, but at least I got humans who cares about me," kata Hang #hebat dengan bangganya.
*cis, perasan pahlawan tetapi pengecut mengalahkan Aku hawtxz xoxo. hampeh.*

Ekceli motif entri ini adalah untuk menunjukkan lagi hadiah yang telah diberikan oleh rakan-rakan seperti di dalam entri ini tetapi roh kejahatan suruh membebel panjang jela dulu. Tolong saya nyahkan syaitonnn. Tolongg tolongggg! :O

'Kalau ada hantu ke, kalau kita kena kacau ke, sape kita nak panggil?!

DATIN MAIMONNNNNN!


Okay, motif sebenorrr! Weeee~ *baru nak mula kan cis

JENGG JENGG JENGGGG!...


Ni dia satu lagi hadiah saya terima dari one of my best friend, Rene!

T-shirt PADINI yang kewl!

Sebenarnya dapat t-shirt ini minggu lepas sekaligus dengan sleeping mask dan sekeping kad yang #hebat. Tak terhingat pulak ambil gambar. Maklumlah dah 15 tahun. Tua. Ngohohohohohoh.

Apa-apa pun, thank youuu so much RENE BROOKE for the awesome gifts!


Itu dia Si Ruhneyyy, saya and Si Billy. Ya, kami memang gediks tatkala bersama. 
MUAHAHAHAHAHA. Itu gambar tahun lepas.

Anyways, thanks for being a great friend Ruhneyyy! I'm truly blessed to have a #hebat friend like you!
Not just because of the gift ooo. For the great attitude, memories acceptance, friendship, etc!

Dah habes.

Terima kasih!

Wednesday, June 20, 2012

Wordless Wednesday : Bila lagi?..


Bila lagi saya nak reti guna camera LOMO ni?

Thursday, June 14, 2012

Bakat Insan-Insan Muda

H

ello readers & salam #hebat!


Pada alaf modenisasi ini, memang banyak insan-insan muda yang sudahpun berjaya mendapatkan populariti. Sememangnya mereka berhak memilikinya kerana bakat mereka berjaya ditonjolkan dengan usaha yang berterusan. *cehhh, ayat bajet A exam BM* Bilalahh pula giliran si budak yang tryin' to be #hebat kononnya ini untuk mendapatkan populariti? *eh, penting ke tuuuu?* Mak aihh, ada hati. Bakatnya yang paling menonjol pun berdebat dalam tandas. Cisss.

Saya ni tak serik-serik dengan video-video dari Youtube yang best. Sekali jumpa video yang best, bersiaplah. Sehari itulah saya akan menghadap laptop melayan video itu, sambil lupa dunia. Miehehehe. Kadang-kadang didownload sekali dengan penuh semangat sebab esok pun nak dengar lagi. Jangan fikir bukan-bukan. THINK POSITIVE! Video yang dimaksudkan adalah video-video yang menunjukkan bakat-bakat insan yang muda, biasanya dalam bentuk 'song covers' kepada sebuah lagu. Tak kiralah bakat itu milik Malaysian ataupun tidak, saya memang layan habis *yang memang minat sangat je la* Tahniah saya ucapkan kepada mereka-mereka yang berbakat ni. Saya selaku generasi muda ni pun bangga sekali walaupun bukan diriku yang terlampau comels ini yang berbakat :'))

Antara video yang saya minati

Lennon & Maisy - Call Your Girlfriend
Saya sangat sukakan dua adik-beradik ini. Berbakat dan suara pun merdu :)
Video-video mereka yang lain pun #hebat juga!


Yang ini pula Syada Amzah - Terukir di Bintang. 
Syada ini adik kepada Shila Amzah. Suaranya pun boleh tahan gak macam kakaknya. Walaupun banyak menerima kritikan dushhhhh.. dia teruskan minatnya ini. Malaysians boleh! :p

Yang ni pula memang dari dulu dah minat. Jungha Jung - A Thousand Years.
Dia ni memang dah tak dihairankan oleh kebanyakan orang. Memang #hebat beb! Memang one of the best guitar player yang pernah tengok! 

Next, Maddi Jane - If This Was a Movie. 
Suaranya boleh tahan juga... She's a pretty and talented singer! :)

Setakat itu saja yang saya kongsikan. Banyak lagi tapi tak larat nak share semuanya. Saya memang salute la bakat mereka ini. Kalau dikaruniakan bakat macam mereka, saya pun confirm kongsikan kepada dunia. Takkanku lepaskan peluang untuk menjadi femes. Miehehehe. Apa-apa pun, kalau anda seorang yang berbakat dan bakat itu nak ditonjolkan, kongsikanlah melalui internet - YouTube, Facebook, dll. Kemudahan dah tersedia tu. Yang diperlukan adalah bakat yang besar dan juga KEYAKINAN. Percayakan dirimu.. Tidak salah untuk mencuba! ^__^

"Be humble, for the worst thing in the world is of the same stuff as you; be 
confident, for the stars are of the same stuff as you.  - Nicholai Velimirovic"


p/s: Korang tahu mana-mana insan yang berbakat besar? Kongikan di ruangan komen!

Sekian. Terima kasih!

Wednesday, June 13, 2012

Rabu Tanpa Banyak Carutan : Diriku dibuli...


...oleh adik-beradikku sendiri.. #hebat bukan? HAHAHA

 Terima kasih!

Tuesday, June 12, 2012

SEGMEN JOM BIKIN FILEM Bersama Mak Dara

H

ello readers & salam #hebat!


Wahhh, lama dah tak bersegmen ni. Orang #hebat memang selalu busy sampai tak berkesempatan nak sertai. Sibuk melayan peminat la katakan. Memang tak terlepas la dari dada-dada akhbar, lohong-lohong internet, dll. Alahai, simpan rapuan untuk nanti je la.

Ok, segmen ini saya memang terus tertarik untuk sertai sekali. Terasa aura yang #hebat! Tanpa buang masa lagi, jom sertai segmen anjuran Mak Dara. Nak sertai? TEKAN SINI

Dah pening lalat nak buat poster filem apa. Sampai jiran-jiran yang tidur petang dikacau sekali dengan teriakan stress saya semasa fikirkan. Entah kenapa la juga ada sorang ni baik hati sangat sampai nak tolong bagi idea yang pelik-pelik. Terima kasih! *tangan didada, mata keatas* I nak yang #hebat ok! hahaha.

Ok, tanpa membuang saat-saat, minit-minit mahupun jam-jam dan hari-hari, jenggg jengg jenggggg.. poster filem yang direka khas dengan segala kehebatan!

..............
..........
.....
..

Picture Edit from Poster Filem Cuci hak milik terbitan
Tune Entertainment Group Sdn. Bhd & Tall Order Productions Sdn. Bhd. 
(Penerbit filem: Dato' Tony Fernandes & Hans Isaac)

FILEM CUCILAH GIGIKU

Okay, saya memang tak #hebat sangat dalam bab-bab edit ni. Main bantai saja. Tapi apa yang penting, usaha yang kental dan tenaga yang dicurahkan. mehhh? Miehehehe. Apa-apa pun, segmen ini memang ter#hebat!

Sekian saja dariku yang #hebat dan sangat hawt ini. 

"Uhh, puhleasela"

.....
Ok. Saya sedar diri sekarang dik.



p/s: Sinopsis? Ermmm... Mak Dara tolong fikirkan yee. hehehe.

Terima kasih!

DiGi WWWOW Awards 2012: Congrats Bro ImAn Syippo!

H

ello readers & salam #hebat!



DiGi WWWOW Awards 2012 has ended. Yes, I know I'm late. Hahaha. To read all my entries on this very topic, click these - Vote for Me!Why I Tried Out & THANKS voters! & Top 10.

As I'm living in Miri, Sarawak, it's a very hard thing to attend an occasion somewhere in the Semenanjung. DiGi Awards Night was held last week at DiGi HQ.

There! The precious Official Invite for yours truly. hehe. *click for enlargement*

Since I can't attend the occasion, I decided to let someone, a blogger to be exact, to be my representative. A blogger I knew, a blogger with a great blog and indeed a great future. Bro Framestone, cukup membanggakan tak? hehehe.

Ohhh, the time ticks and the Award Night arrived. Woot Woot! I was on my way back home that day after spending the week getting my blood sucked by mosquitoes -_- I literally experience my very first time sleeping in the tent, in the forest. A great challenging week indeed. *akan diceritakan di entry akan datang.*

Arrived home, feeling undeniably nervous. Waited for updates from Bro Framestone. Stared my laptop for quite some time. 


staring this post, nervously waiting updates :\ *click for enlargement*

Dupp dapp dupppp dappppp...A notification from Bro Framestone. Hearts beats even faster. 

......................
..............
.....
...

I kept a big wide smile on my face tapi dalam hati siapa yang tahu :)

 Hahaha, 'dapat macbook tue.. budak tue dok sebelum bro...' melawak bebeno bro. hahaha. 

...Bro ImAn Syippo, WHY U TOOK MY PRIZE? hahahah. kidding bro :)

Ahhh, I can't lie by saying I was not sad. Yes I was a little really sad for losing. But I took a deep breathe and said to myself ..

"NEVERMIND. IT'S NOT THE END" 


Yes, now I am feeling really fine especially after realizing  that I have gained really much by joining this competition ^__^  Menang atau kalah tu memang adat. Ada yang akan menang, ada juga yang akan kalah. Kalau tidak, tiada ertinya pertandingan. Ngeeee. 

Here I would like to CONGRATULATE to Mr. Imansyippo for winning Top Online Over Achiever Under 15 - DiGi WWWOW Awards 2012! Seriously bro, I love your parody. I LOL-ED REALLY HARD. HAHAHA.

trolololololol. Bro memang #hebat!

 Once again, CONGRATULATIONS  for the win. Meh la bro share sikit hadiah tu. Miehehehehe. Banyak gile hadiah tu bro nak simpan sendiri. hahaha.

sumber : madammondoq.com

blog ImAn Syippo: kimijamai.blogspot.com

p/s: alaaa, tak pula berpeluang nak merasa Macbook, duit beribu-riban, dll. Ini tidak adil tidak adil bagikuuuu. haha. Budak 15 tahun ini nak merasa bebbb!


Thank you!

Sunday, June 3, 2012

Seriously TROLOLOLOL

H

ello readers & salam #hebat!


masa berlaluuu.. cepat sekali. Maka semakin tualah diriku dan dirimu.

Zaman sekarang.. memang dah banyak benda pelik-memelik entah apa-apa AGAGAGAGA yang actually disukai ramai. Manusia memang macam tu. Sukakan perkara baru, tak kira benda tu bermanfaat atau tak. Lama-lama ada lagi perkara yang lebih baru, benda yang baru tapi lama tadi dilupakan. *ayat belasah*  Betul tak? Kalau tak betul pun, that's my personal opinion. So, bear with me. TROLOLOLOL.

Websites 9GAG, memang pelik tapi kalau kita menerima post-postnya secara terbuka, memang SYIOK. Seriously boleh buat kita geli hati to the max! Semuanya berunsur gurauan semata-mata untuk menjadi hiburan untuk kau dan aku. ~ kau dan aku.. dalam cinta! Bahagia yang tiada terkiraaa *eh?* 

http://4kiki.com/kiki/Facebook version
Miehehehehe. Terasa ke?  ^___^

English language is confused..
Yes? No?

http://4kiki.com/kiki/Let me in
Alolololololo comeyy :p

Renung-renungkan :)

Ada juga yang boleh dikaitkan dengan kehidupan kita :truestory: 

Yesssss (Y)

http://4kiki.com/kiki/Is it just me or what?
Ngaku jerrr. hahaha.

Hahahahaha. True story ke? :p


Rakyat Malaysia pun terlibat dalam kegiatan *kegiatan?* ini. Malaysian Troll, Sabahan Troll, Sarawak Troll dan banyak lain. Trolling lah kita bersama-sama.

Sumber : Malaysian Troll. Muehehehehehe :p

Sumber : Sabahan Troll. LOLLLLLLLL.

Sumber: Sarawak Troll. I Don't Know? Hahaha.

Motif entri? Cuma nak share tentang apa yang selalu membuatkan saya ni leka sampai cuti sekolah pun dah occupied dengan benda yang remeh-temeh tapi fun ni. hehe. Tak bagus kot kalau addicted tapi kalau suka, tiada masalah. Hahaha. Janganlah stress selalu. Enjoy yourself sometime! :]

*dapat inspirasi dari bro IK HANIF, pakar menulis terunggul.

p/s: korang pulak suka tak benda ni? Kenapa? 

Sekian. Terima kasih!