ello readers & salam #hebat!
Ya, sememangnya kecewa. Hampa yang tak dapat dibayangkan. Setiap hari dilalui, senyuman yang manis mungkin terukir di wajah. Tetapi keikhlasan? Langsung tiada.
Mungkin perkara sekecil ini bukanlah perkara yang boleh membawa impak yang terlampau besar dalam kehidupan kita manusia. Tetapi siapa yang larat untuk melaluinya selalu? Fahamilah... kesedaran tentang betapa sensitifnya manusia itu harus ada. Manusia kebiasaanya tak suka untuk menunjukkan perasaan tidak puas hatinya, oleh itu SEDARLAH sendiri. Bertindaklah yang sewajarnya. Lebih bagus bertindak secara terus, bukan menangguhnya lagi sehingga kalimat 'minta maaf" perlu diucapkan. Ketika masa itu, si pemaaf dah lama simpan dalam hati dan sudah agak terlambat untuk dia lupakannya. Manusia mudah memaafkan tetapi untuk melupakan? Hampir mustahil. Tetapi jikalau dah terlambat untuk si pemaaf untuk melupakannya, ucapkan "minta maaf" dengan penuh perasaan kerana si pemaaf terpaksa menanggungnya dalam tempoh masa yang lama.

Taylor Swift turut sedari kepentingan meminta maaf :)
Tatkala bersendirian, hari yang dilalui mungkin diiringi dengan tangisan yang meleleh sebagai simbol kepada kekecewaan yang terpaksa ditanggung setiap hari. Walaupun tidak terserlah kekecewaan di wajah setiap kali dilihat, hati membicarakan perkara yang sebaliknya - kekecewaan yang tiada tandingan.
"Kenapa mesti saya yang melaluinya?" "Adakah saya terlampau baik, lalu dianggap manusia yang lemah, manusia yang boleh dipandang rendah, manusia yang tak perlu dijaga perasaannya?".. Monolog dalaman yang membawa erti yang menyedihkan.
Bukannya diinginkan diri adalah membalas dendam, tetapi hanyalah keadilan yang sepatutnya dinikmati sejak dulu lagi. Pemberian mungkin ikhlas, tetapi kita tetap inginkan ucapan terima kasih. Pertolongan mungkin ikhlas, tetapi kita tetapi inginkan pertolongan tatkala perlu. Tetapi ini... apa? Dianggap sebagai hamba. Cis, hanya senyuman palsu yang mampu diukir.
Tetapi tiada apa-apa yang boleh dilakukan. Hidup diteruskan walaupun menyakitkan. Yang diharapkan adalah cuma kesedaran yang sepatutnya. Sedarlah wahai "kawan", sedarlah. Kenapa nak teruskan kepalsuan itu?
Tapi tak mengapalah. Bersabar diriku. Biarlah aku yang merana sekarang. Tetapi... masa depanku, TANPA kehadiranmu.. ITU YANG KUNANTIKAN.
sekian.
p/s: satu lagi luahan insan biasa yang penuh dengan kekurangan. Related entry: TEKAN SINI.
Terima kasih!
3 comments:
banyakkan bersabar ye joel anggap semua ini hanyalah satu cubaan dan dugaan dalam kehidupan..
tabahkan hatimu..
sabr la joel..kamu kan hebaaaatt..hebaaaatttt :D
Post a Comment