BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, June 22, 2012

I'll Be Strong.. TIDAK DIHARGAI? Perkara Biasa.

H
ello readers & salam #hebat!



Ianya perkara biasa. Dilalui oleh insan kelahiran bumi. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Setiap hari dalam kehidupan? Tidak mustahil.

Kebaikan dibalas cacian, hinaan, kesombongan melampau. Pernahkah kita sebagai manusia mengimbas kembali kesemua jasa kita ke atas manusia berperangai berbeza? Pernahkah kita merungut di atas kebaikan kita yang tidak dihargai? Kebaikan diberi penuh keikhlasan, cuma mengharap kalimat ucapan terima kasih. Tapi masih wujudkah manusia bersyukur, pemaaf dan rasional?

Bersyukurlah wahai manusia,
Tiada di dalam kehidupan ini berharga murah,
Berkat sebagai balasan usaha, penat lelah yang diberi,
Bersyukurlah di atas apa yang ada, tak kira bernilai mahupun tidak.

Bersyukurlah wahai manusia,
Kita bukan manusia yang boleh berdikari sepenuhnya,
Tetap bergantung dengan insan berupaya membawa kelainan,
Kenapa manusia? Kenapa tidak reti nak hargai mahupun sedikit pun?!

Maafkanlah wahai manusia,
Tiada manusia yang dilahirkan tanpa kekurangan,
Bantuan mahupun pemberian mungkin tidak sempurna,
Tetapi bukankah dah cukup untuk dihargai oleh kita?

Maafkanlah wahai manusia,
Ianya dah cukup untuk diberi sesuatu untuk kegunaan dirimu,
Janganlah pula dibalas dengan melahirkan hati tidak puas hati si pemberi,
Fahami penat lelah si pemberi - usaha dicurahkan kerana keikhlasan di hati.

Rasionallah wahai manusia,
Siapa yang tak hampa jikalau tidak dihargai pertolongannya?
Memaksa dirinya untuk memberikan yang terbaik untuk insan lain,
Tetapi apa? Cacat sikit.. dibalas pula dengan cacian dan hinaan.

Rasionallah wahai manusia,
Si pemberi yang ikhlas bukan inginkan balasan yang besar,
Cuma dahagakan ucapan 'terima kasih' yang menyejukkan hati,
Oh, kecewa si pemberi menerima sesuatu yang sebaliknya.

Tetapi.. tidak mengapa. Si pemberi tetap bersabar. Senyuman di muka terukir dengan semangatnya.

Dalam hati siapa yang tahu. 

Tidak mengapa. Tiada perlunya untuk berdendam. Ia cuma membawa lagi banyak masalah. Mungkin yang jauh lebih menyakitkan. Oleh sebab itu, si pemberi meneruskan kehidupan dengan penuh sabar, mengharapkan esok hari yang lebih baik.

Tiada sesiapa yang boleh mengambil pendirian kita.

Tiada apa-apa yang boleh melemahkan kita wahai manusia. Menangislah tetapi bertahanlah sentiasa. Dunia mungkin gelap tetapi kita haruslah mencari jalan ke tempat yang terang. Walaupun kebaikan kita tidak dihargai, ingatlah.. Tuhan sentiasa mengadili kita. Life's seems unfair. Oleh sebab itu, biasakan diri kita. Apa-apa pun, GOD IS ALWAYS FAIR. Kehidupan dteruskan tanpa kesesalan.

I really don't wanna say thing such as 'I want to go back to how things were before". I recognize how I am right now and I will continue to live on. - Aya.

Mungkin tiada hakku nak menegur manusia. Si pemberi pun boleh bersikap egois. Tetapi apa yang mampu saya lakukan?.. Cuma merungut, kononnya saya sempurna, tidak akan melahirkan kesedihan di hati lain? Hipokrit, panggilan sesuai bagiku.

p/s: Cuma luahan perasaan insan biasa penuh kekurangan.

Terima kasih!

3 comments:

Atyn Aqillah said...

Ayat JLO gramatis

Gadis Bertudung Merah said...

singgah cnie.. baca entry..

Join ler segment ika..=)

NAL said...

luahan perasaan yg sgt bermotivasi..Syabas..