ello readers & salam #hebat!
Pada alaf modenisasi ini, memang banyak insan-insan muda yang sudahpun berjaya mendapatkan populariti. Sememangnya mereka berhak memilikinya kerana bakat mereka berjaya ditonjolkan dengan usaha yang berterusan. *cehhh, ayat bajet A exam BM* Bilalahh pula giliran si budak yang tryin' to be #hebat kononnya ini untuk mendapatkan populariti? *eh, penting ke tuuuu?* Mak aihh, ada hati. Bakatnya yang paling menonjol pun berdebat dalam tandas. Cisss.
Saya ni tak serik-serik dengan video-video dari Youtube yang best. Sekali jumpa video yang best, bersiaplah. Sehari itulah saya akan menghadap laptop melayan video itu, sambil lupa dunia. Miehehehe. Kadang-kadang didownload sekali dengan penuh semangat sebab esok pun nak dengar lagi. Jangan fikir bukan-bukan. THINK POSITIVE! Video yang dimaksudkan adalah video-video yang menunjukkan bakat-bakat insan yang muda, biasanya dalam bentuk 'song covers' kepada sebuah lagu. Tak kiralah bakat itu milik Malaysian ataupun tidak, saya memang layan habis *yang memang minat sangat je la* Tahniah saya ucapkan kepada mereka-mereka yang berbakat ni. Saya selaku generasi muda ni pun bangga sekali walaupun bukan diriku yang terlampau comels ini yang berbakat :'))
Antara video yang saya minati
Lennon & Maisy - Call Your Girlfriend
Saya sangat sukakan dua adik-beradik ini. Berbakat dan suara pun merdu :)
Video-video mereka yang lain pun #hebat juga!
Video-video mereka yang lain pun #hebat juga!
Yang ini pula Syada Amzah - Terukir di Bintang.
Syada ini adik kepada Shila Amzah. Suaranya pun boleh tahan gak macam kakaknya. Walaupun banyak menerima kritikan dushhhhh.. dia teruskan minatnya ini. Malaysians boleh! :p
Yang ni pula memang dari dulu dah minat. Jungha Jung - A Thousand Years.
Dia ni memang dah tak dihairankan oleh kebanyakan orang. Memang #hebat beb! Memang one of the best guitar player yang pernah tengok!
Next, Maddi Jane - If This Was a Movie.
Suaranya boleh tahan juga... She's a pretty and talented singer! :)
Setakat itu saja yang saya kongsikan. Banyak lagi tapi tak larat nak share semuanya. Saya memang salute la bakat mereka ini. Kalau dikaruniakan bakat macam mereka, saya pun confirm kongsikan kepada dunia. Takkanku lepaskan peluang untuk menjadi femes. Miehehehe. Apa-apa pun, kalau anda seorang yang berbakat dan bakat itu nak ditonjolkan, kongsikanlah melalui internet - YouTube, Facebook, dll. Kemudahan dah tersedia tu. Yang diperlukan adalah bakat yang besar dan juga KEYAKINAN. Percayakan dirimu.. Tidak salah untuk mencuba! ^__^

"Be humble, for the worst thing in the world is of the same stuff as you; be
confident, for the stars are of the same stuff as you. - Nicholai Velimirovic"
p/s: Korang tahu mana-mana insan yang berbakat besar? Kongikan di ruangan komen!
Sekian. Terima kasih!
9 comments:
Kite sama lah ^^ Minat Lennon dan Maisy :) Lagipun mereka dua tu cute :)
Nice Entry..
Jungha Jung tu best . ! :) suka dengar petikan gitar yang sayu - sayu .. ewah !
ehhh ?? SUNGHA JUNG laa ..
@Rochellez: yup memang comel dan berbakat ^_^
@Atyn ; THANKSS :D
@Dhia: Sungha Jung besttt :) hehehe. nanti dia dtg Malaysia ^__^
sedap la cover daripada mereka ni. Paling suka Thousand Years
@NAL: yup sangat sedap :)
Post a Comment