BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 8, 2012

Dua Kemenangan Contest TERMANIS Setakat Ini!


H
ello readers & salam #hebat

"Asyik-asyik menang je ko ni joel," puji si bakal penari termantop ini.
"Ek eleh, menang tu sekali-sekala saja la," kataku sambil cover hidungku yang makin kembang.
"Mak aih! Ko ni menang tiap-tiap hari la! Malu pulak nak ngaku" marahnya pula.
"Babap kang! Aku menang sekali-sekale je la. Tiap-tiap hari tu.. takde la." jawabku bajet BM Semenanjung.

Serious, aku tak menang tiap-tiap hari. Memang bergantung pada usaha dan nasib. Pada sesiapa yang fikir aku menang tiap-tiap hari, tolong sket.. aku ni bukannya CariDeey ataupun kak Lely #tetiba. Ngiehehehehe!

Tapi apa-apapun, aku tersangat-sangat bersyukur kerana ada juga rezeki kemenangan sekali-sekala.

Kali ni, nak kongsi dua kemenangan jeeee. Hahahahaha!

Yang pertama adalah kemenangan daripada Epson Malaysia iaitu Epson 'L' Search Photo Contest.


Hadiah yang dimenangi: Sebuah Epson L-Series printer :)
Masa tu, aku join guna 3 akaun FB. Tapi 1 submission je yang tersangkut. hehehee. Tetap aku bersyukur. Seriously agak senang la contest ni.. Submit apa-apa saja gambar yang bagi anda berkaitan dengan huruf "L", beri jawapan pada ‘What would you print if you had an Epson L-Series printer?’ dan suruh kawan-kawan di FB vote. 
Keputusan contest 1hb November dah diumumkan tapi sampai sekarang belum collect lagi printer tu. huhuhuu. Harap-harap minggu depan cousin pergi tolong collect :)

Kemenangan yang kedua pula memang sebuah kemenangan yang tak disangkakan langsung iaitu daripada Mobile World Magazine.  Contestnya diberi tajuk Mobile World 10 Great Years Contest No 7: ZTE ACQUA

Mobile World Magazine



Yang membuatkan kemenangan ini lebih manis adalah kerana aku diumumkan sebagai pemenang utama di dalam majalah Mobile World (November 2012 issue)
Tersangat-sangat terkejut dan happy bila ternampak ini di TT ART.
Hadiah yang dimenangi : sebuah telefon bimbit ZTE ACQUA yang berharga RM699!

Contest ni sebenarnya diadakan tiap-tiap bulan dan hadiah tiap-tiap bulan adalah gadget yang berlainan. Yang telah aku menangi ini adalah contest bulan Julai. Memang serious tak sangka slogan hantam aku pun boleh menang. Bersyukurrrrrr giler! Thanks so much Mobile World Magazine!


Oh ya, aku juga difeatured di bahagian 'What's in your Phone?" dalam majalah tersebut, issue yang sama :D


Kembang kempis kembang kempis wakakaka!

Telefon ni pun belum terima lagi. Masih kutunggukan email daripada pihak Mobile World Magazine. Tak sabarr nak tengok telefon bimbit ni :p 

Kalau nak cuba memenangi 
Blackberry Curve 9220, CLICK SINI dan SINI!

Itulaaah dia dua kemenangan termanis bagi aku SETAKAT INI. Doakan aku menang hadiah yang lebih menarik di masa terdekat ini ok? Hehehee. Samsung Note 2 keeeee, DSLR keeeee, produk Apple keeeee. Hehehehee :D

p/s: "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu" :D

Thank you!

8 comments:

Budak Ewan said...

wahh, untunglahh diaa.
http://wanisukabercerita.blogspot.com/2012/12/harap-korang-suka.html

Norazlin Nordin said...

woa! ko ni menang hari hari lah! :P
woa! hebat tu, senang lah ko tak payah nak beli barang2 tu dah, dapat free je. :)

Joel Leslie said...

@Budak Ewan: thank you!
@Norazlin Nordin: hehehehe :P ni lagi satu! babap kang! hehehehe ;P bersyukur atas berkat yg diberi :)

Nurmujahidah Ismail said...

assalaamualaikum. tahniah!!! dapat gadget?? perghhh!!!! hebat tuu,, tumpang promote ga domain for all participants kat sini k,, do join :D

mujadafewa.blogspot.com/2012/12/giveaway-free-domain-for-all.html

adza irdawati said...

wahhhhhhhhhhhhh tahniahhhhhhhhhhhh Joel!!

Joel Leslie said...

@Nurmujahidah Ismail: yup, dapat gadget :) thank youuu and dipersilakan :)
@adza irdawati: terimakasihhhhhhhhhhh mak dara!

Bro Framestone said...

Wah ini top blogger nie.. fuhhh... gerun la mcam nie...

Bagus.. orang mcam nie yang kita nak

Joel Leslie said...

@Bro Framestone: erk? top blogger? hmm.. tak layak terima gelaran tu bro :) cuma blogger biasa yg rajin ikut contest :) hehehehe.