ello readers & salam #hebat
Beberapa bulan ni, aku dah mula takda feeling nak blogging. Bagi aku, memang satu mistake yang besar yang buat aku nyesal. Entah. Blog "kesayangan" aku ni pun dah macam mangsa dera emosi.
Salah siapa? mak cik lehot la. siapa lagi? #tetiba
Setiap kali nak update blog, mesti ada gangguan. Memang mengganggu sangat la. Aku bukannya sibuk sangat musim cuti ni, tapi entah, blog tak terupdate.
Sampai pagi tadi, sejurus aku buka blog ni, page is unavailable. Merajuk ke? Refresh berkilo-kilo kali pun, tetap tak boleh. Lama-lama, aku tersedar.... connection WiFi aku belum buka. Barulah aku faham, diriku ini tidaklah sewaras seperti yang aku fikir.
Tiba-tiba sekarang, bukan aku yang taip lagi. Blog aku rasuk aku. #gimik lebih
"Wahai
Tetiba aku sedar balik, riak muka terkejut aku tunjukkan..
![]() |
what the heck?! I got 5 days MC #tetiba lagi. |
Aku terus baca perenggan warna merah atas tu.. tetiba tergenang air mata aku tertelan sebiji buah durian. Eh?
Terus la aku flashback zaman-zaman aku sangat rajin blogging ~
Balik dari sekolah, buka laptop, terus update blog dengan peristiwa-peristiwa yang comel atau jahanam yang berlaku kat aku.
Balik dari aktiviti petang, buka laptop, terus update blog dengan gambar-gambar kaki patah akibat terjatuh dalam longkang.
Balik dari pantai, buka laptop, terus update blog dengan gambar aku tanam pokok durian tepi pantai sambil berpeace senget macam ini -> *gambar pokok durian* (^_^)< (kalau tak faham, tak payah dera diri)
Balik dari pasar, buka laptop, terus update blog dengan cerita pembunuhan yang berlaku di depan mata.
.... tapi sekarang, aku update blog ini dengan entri penyertaan contest walaupun aku tahu.. aku ada blog kedua untuk join contest/giveaway. Dimana hilang semangat aku yang kononnya #hebat tu?
*mood serius sikit ~*
Terlintas juga di fikiran...
Aku akan memulakan pengajian di Tingkatan 4 tahun hadapan. Ter"flashfront" tentang Biology, Chemistry, Physics, Add Maths, dll.. Ada lagi ke masa untuk aku blogging? Ada lagi ke masa untuk aku bercakap sendiri kat blog ini?
Terlintas di fikiran juga...
Kalau aku update blog aku ni sekerap yang mungkin, jadi #hebat ke aku? Ada pembaca ke? Ada commentators ke? Ada viewers ke? Ataupun.. sekadar ada aku yang merapu sendiri-sendiri?
*mood lega*
Apa-apapun yang berlaku, http://joel-leslie.blogspot.com akan tetap aku update sekali sekala tapi takla kerap sangat. Aku putuskan aku akan terus blogging, sama ada ada ke tak masa, sama ada ada ke tak viewers..
"Terima kasih sayangku. ahak ahak ahak" bebel si blog.
"Same2" bebelku kembali.
Akanku cari semangat aku yang dahulu.
p/s: Maciam desperado sangat entri ini tapi..
![]() |
adaku kesah? Miehehehe! |
Terima kasih!
2 comments:
Lame dia tak update ^___^
Harap aktif lepaih ni ..
hai singgah :)
Post a Comment