Menongkah persekolahan Tingkatan 4 tak lama lagi,
Berjumpa dengan rakan-rakan, berkongsi cerita,
Namun semua ini membimbangkan diriku,
Terasa takut, terasa seperti tidak bersedia.
"Cepatnya masa berlalu" dirungut diriku,
Alasan kebimbangan yang menjadi-jadi,
Tingkatan 4.. semuanya bermula lagi,
Segala pelajaran yang harusku fahami.
Namun kebimbangan yang lain tetap menghantui,
Bulan Disember, bulan menggerunkan,
Degupan jantung begitu cepat tatkala terfikir,
Apa lagi kalau bukan keputusan PMR.
Berjayakah aku mendapat apa yang kuidamkan?
Ataupun aku akan tersungkur dalam kesedihan?
Penantian mendebarkan ini membunuh diriku,
Bersabar walaupun sebenarnya bimbang.
Harapan tinggi sendiri, keluarga dan rakan-rakan,
Adakah akan diraikan dengan senyuman lebar,
Ataupun hanya akan ada yang tidak kuinginkan,
Tangisan kesedihanku dan ucapan "tak mengapa"?
Tapiku percaya dengan segenap hati,
Kejayaan itu milik diriku,
Kudoakan yang terbaik,
Aku yakin aku berjaya!
tolong doakan aku dan batch 97' yang lain!
Dalam nama Tuhan Yesus, 7As dalam tanganku! Amennn!! :")
3 comments:
SEMOGA KTK BERJAYA DPT 7A..^_^
Semoga awak dapat result yang baik :)
singgah sini...
Post a Comment